Pengurusan Dana AmanahRaya Tidak Cekap Sebabkan Defisit

Kuala Lumpur: Pengurusan dana oleh AmanahRaya Berhad didapati tidak cekap kerana dana mengalami defisit sejak 2008 hingga 2019, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2019.

LKAN Siri 1 yang dibentangkan di Parlimen, hari ini merumuskan pendapatan bersih tahun semasa tidak dapat menampung jumlah agihan pendapatan dan prestasi pelaburan dana KWB (Kumpulan Wang Bersama) adalah tidak cekap.

Bagaimanapun, AmanahRaya sedang dalam tindakan pemulihan dana KWB bermula pada 2019.

BERNAMA

“Meskipun kedudukan AmanahRaya perlu bergantung kepada jaminan kerajaan atas ketidakupayaannya sebagai pemegang amanah untuk menampung defisit dana KWB berjumlah RM1.023 bilion apabila terdapat tuntutan,” katanya.

Pihak audit mengesyorkan pihak berkenaan supaya menetapkan Petunjuk Prestasi Utama bagi prestasi pelaburan dan pemulihan KWB di peringkat syarikat bagi tujuan pemantauan oleh Lembaga Pengarah.

Pihak berkenaan dicadang mengkaji semula kadar agihan pendapatan munasabah mengambil kira kemampuan kewangan KWB, pandangan dan kelulusan Lembaga Pengarah sebelum kelulusan menteri bagi kemapanan dana terjamin.

AmanahRaya perlu memastikan polisi pelaburan disemak semula dan dikemas kini secara berkala serta mewujudkan pasukan petugas khas bagi menyelesaikan kes tunggakan akaun pusaka dan amanah yang terlalu lama sejak 1900-HM

Simpanan tidak dibekukan

Leave a Reply