Dalgona Coffee, resepi paling viral

Cara Buat ‘Dalgona Coffee’ Viral Korea, Macam Kopi Mahal Tapi Guna 5 Bahan Sahaja!
ByAnis AffandiPosted on March 19, 2020

Mungkin ada dalam kalangan kita yang sudah bosan dan mula teringin untuk minum atau makan makanan luar yang lebih eksklusif berbanding makanan di rumah ketika situasi getir. Sebenarnya boleh jika anda teringin nak minum kopi ‘mahal’ macam yang didapati di luar, hanya perlu buat di rumah menggunakan 5 barang sahaja.

Jom kita try buat Dalgona Coffee iaitu kopi viral dari negara K-POP iaitu Korea ini. Boleh juga habiskan masa yang terluang dengan seisi keluarga mencuba resepi yang baharu.

RESEPI DALGONA COFFEE


Resepi asli dan viral dari korea. Dalgona (Korean Traditional candy).

Bahan bahan :-

Serbuk kopi/Nescafe

Susu segar

Gula

Air panas

Ais (pilihan)

Cara: (A)

Ambil bekas dan campurkan 3 sudu kecil serbuk kopi, 4 sudu kecil gula , 4 sudu kecil air panas dan pukul dengan whisk utensil/mixer sehingga pekat dan likat.

Cara : (B)

Ambil gelas have have haha . Buh ais kalau taknak ais buh terus susu segar. Kemudian tuang (A) atas susu tu. Dah siap! Selamat mencuba makcik,pakcik semua.

Tips kurang manis : Pakai gelas besor biar susu lebih hehe nanti rasa sebati.

Sekarang tak perlu lagi pergi ke kedai mahal-mahal. Buat saja di rumah kopi viral ini untuk anda dan tetamu yang datang. Pasti mereka akan datang selalu selepas dijamu Dalgona Coffee ini.

9 Resepi Kopi WFH Unik Dengan Menggunakan Instant Coffee Sahaja. Perfect Untuk Work From Home ! (WFH)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker