9 Resepi Kopi WFH Unik Dengan Menggunakan Instant Coffee Sahaja. Perfect Untuk Work From Home ! (WFH) · MYKMU.NET

9 Resepi Kopi WFH Unik Dengan Menggunakan Instant Coffee Sahaja. Perfect Untuk Work From Home ! (WFH)

Share

Kopi dengan kita memang tak dapat dipisahkan. Bila nak kerja, nak study, mengantuk nak tertidur, penyelamatnya ialah kopi. Coffee is our bestfriend!

Image from GIPHY

Image via GIPHY

Aromanya yang wangi, sedap… Memang buat semua tergila-gilakan kopi. Kopi boleh dihidangkan panas atau sejuk mengikut cita rasa masing-masing. Biasa you guys buat kopi apa je? Apa kata kita ubah sikit resepi, mana la tau bosan kan hari-hari minum kopi yang sama. Jom ikuti 9 resepi kopi yang guarantee sedap!

Jom check out 9 resepi kopi unik ini:

1. Kopi halia

Halia sememangnya membawa banyak khasiat, halia ni boleh berfungsi untuk panaskan badan, buang angin dan membantu dalam melancarkan penghadaman. Haa, banyak kan khasiat halia ni? Kepada penggemar kopi tu, try la campur kopi dan halia. Tak tipu, you guys akan suka kopi halia selepas hirupan pertama!

Image from cari.com

Image via cari.com

Bahan-bahan:

  • 2 cawan serbuk kopi
  • 1/2 cawan halia kering
  • 6 sudu besar biji ketumbar

Cara-cara:
1. Sangrai (toastkan dalam kuali tanpa minyak) biji ketumbar menggunakan api kecil dalam 2 – 3 minit.
2. Tumbuk halia.
3. Masukkan halia yang telah ditumbuk dan biji ketumbar dalam blender.
4. Gaulkan serbuk kopi dan serbuk campuran halia dan biji ketumbar. Jadi dah serbuk kopi.
5. Masukkan air panas dan campuran serbuk kopi ke dalam periuk. Tambahkan gula secukup rasa. Tunggu sehingga mendidih.
6. Tapiskan. Kopi halia siap untuk dinikmati!

Kredit resepi: Spice Table

 

2. Kopi tarik ais

Biasa dengan teh tarik je kan? Kopi pun boleh tarik tau. Aromanya lebih emm, dengan buih-buih yang ada atas tu, buatkan minuman ni lagi sedap! Rasa kopi yang pekat dan kaw, fuh memang mantap!

Image from Ginnny's Blog

Image via Ginnny’s Blog

Bahan-bahan: 

  • 2 sudu besar serbuk kopi
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
  • 1/2 cawan susu segar
  •  Cawan dan penutup

Cara-cara: 
1. Masukkan serbuk kopi, gula dan air ke dalam cawan. Tambahkan susu segar.
2. Tutup cawan dengan penutup dan goncangkan.
3. Tuangkan ke dalam cawan lain yang berisi ais. Jangan lupa tarik!

Kredit resepi: Cailie Tay

 

3. Kopi tarik ais dengan keju gula melaka

What? Got kopi, and then cheese, and gula melaka some more… Fuyooo, i want this! Minum petang-petang masa panas terik tu, confirm lega. Rasa lemak-lemak manis, yummy. Senang je nak buat kat rumah… Jom?

Image from Ila Dila

Image via Ila Dila

Bahan-bahan:

  • 200gm cream cheese
  • 200ml whipping cream
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu besar gula
  • 4 tin Nescafe Tarik Kaw
  • Susu pekat manis berperisa gula melaka

Cara-cara:
1. Mula-mula blendkan cream cheese, whipping cream, gula dan garam sehingga kembang. Biarkan dalam peti sejuk seketika.
2. Masukkan ais ketul dalam cawan. Kemudian, tuang air Nescafe. Letakkan campuran cream cheese tadi dan sedikit gula melaka sebagai topping. Siap!

Kredit resepi: Ila Dila

 

4. Kopi cincau ais

Kepada sesiapa yang suka minum sambil mengunyah something chewy tu… Kopi cincau ais perfect for you! Bayangkan minum kopi kaw dengan makan cincau, kenyal! Rasa nak lagi…

Image from Umminiaa

Image via Umminiaa

Bahan-bahan:

 

  • 2 uncang kopi
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar gula
  • 1 gelas air
  • Cincau secukupnya
  • Ais secukupnya

 

Cara-cara:
1. Didihkan air bersama kopi. Kemudian masukkan ke dalam gelas.
2. Masukkan gula dan susu pekat secukup rasa.
3. Masukkan cincau & ais secukupnya.

Kredit resepi : Erna Hezren

 

5. Kopi Dalgona

Minuman viral ini memang sedap. Mana taknya, rasa lemak manis, penuh berkrim! Nak hasilkan kopi Dalgona ni senang je… Jom cuba resepi ini, kalah kafe-kafe di luar.

 

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar serbuk instant coffee
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air panas
  • 1 cawan susu penuh krim
  • 1 genggam ais

Cara-cara:
1. Dalam satu mangkuk, masukkan 2 sudu besar instant coffee, 2 sudu besar gula dan 2 sudu besar air panas. Pukul selama 5 minit sehingga dapat konsitensi ‘stiff peak‘.
2. Masukkan ais dan susu dalam cawan. Masukkan whipped coffee.

Kredit resepi: Ihsanlikestoeat

 

6. Kopi ais

Iced coffee sudah tentu menjadi kegemaran semua. Dah jadi satu rutin untuk grab a coffee sebelum kerja atau study. Jom buat iced coffee yang istimewa sendiri. Confirm lepas ni tak beli luar dah.

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar serbuk instant coffee
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu maple syrup (atau madu)
  • 1/4 cawan susu segar (boleh gunakan oat milk)

Cara-cara:
1. Tuangkan sedikit air panas ke dalam cawan. Masukkan serbuk kopi, gula dan maple syrup. Kacaukan.
2. Dalam gelas yang lain, masukkan ketulan ais dan susu.
3. Akhir sekali, masukkan kopi. Siap!

Kredit resepi: Viar

 

7. Affogato Coffee

Affogato coffee sememangnya menjadi dessert kegemaran untuk peminat kopi. Mana taknya, rasa aiskrim vanila gabung dengan kopi yang sedap. Jom rasai kenikmatan Italian dessert ini! Tak perlukan coffee machine tau…

Bahan-bahan:

  • 2 sudu teh serbuk instant coffee atau serbuk esspresso
  • 1/2 cawan air
  • scoop asikrim vanila
  • Chocolate shavings

Cara-cara:
1. Bancuh kopi dengan air seperti biasa.
2. Dalam gelas yang lain, masukkan aiskrim. Tuangkan air bancuhan kopi tadi.
3. Letakkan chocolate shavings sebagai topping.

Kredit resepi: Cook Travel Workout Repeat

 

8. Vietnamese egg coffee

Suka kelainan? Dah cuba vietnamese egg coffee ni? Sedap dan berlemak. Senang je rupanya nak buat di rumah… Jom!

Bahan-bahan:

  • 3 sudu teh serbuk kopi
  • 2 sudu teh susu pekat
  • 2 kuning telur
  • Susu cair

Cara-cara:
1. Saringkan kopi bersama air panas.
2. Dalam satu mangkuk, campurkan kuning telur dan susu pekat. Whisk sehingga warna menjadi kuning cair.
3. Tuangkan adunan ke atas kopi yang telah disaring.
4. Akhir sekali, masukkan susu cair untuk rasa yang lebih manis.

Kredit resepi: Steve Owens

 

9. Coffee lemonade

Apa rasa kopi campur lemon? Masam-masam pahit… Belum cuba belum tau kan? Jom cuba minuman yang sangat refreshing ini!

Image from Shape

Image via Shape

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji lemon
  • Gula secukup rasa
  • Kopi

Cara-cara:
1. Bancuhkan lemon, gula dan air.
2. Dalam gelas yang lain, tuangkan ketulan ais dan bancuhan lemon.
3. Masukkan kopi yang telah siap dibancuh. Siap!

Kredit resepi: thecaffeinatedclub

Sumber: Says.com

Cipta Keunikan Jual Kopi Belakang Kereta, ‘Kedai’ Di Johor Bahru Ini Curi Perhatian Netizen

Leave a Reply