Profesor direman enam hari bantu siasatan rasuah beli tanah

Seorang bekas pengurus besar sebuah institut badan pengkaji bergelar Profesor direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM100,000 membabitkan pembelian tanah.

Perintah reman sehingga 19 November dikeluarkan oleh Majistret Syajaratudur Abd Rahman di Kompleks Mahkamah Shah Alam selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor membuat permohonan tersebut pagi tadi.

Menurut sumber, suspek berumur 54 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 6 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Jelas sumber, suspek telah meminta dan menerima wang rasuah sebagai khidmat perunding bagi pembelian tanah untuk pembangunan agensi tempatnya berkhidmat yang mana harga tanah berkenaan dinilai lebih tinggi daripada harga pasaran.



Difahamkan, lebihan nilai harga tanah tersebut adalah untuk tujuan pembayaran rasuah untuk dirinya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009. Awani

Polis sahkan kes gangguan seksual pensyarah UM pada siswi ditutup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker