Covid-19: KKM rekod 34 kes kematian baharu

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 34 kes kematian baharu akibat Covid-19 setakat tengah malam Sabtu.

Menurut data di portal CovidNow, 12 kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 32,310 orang daripada 3,173,908 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Kes kematian baharu direkodkan di 11 negeri dengan Johor merekodkan kes tertinggi iaitu lapan kes kematian termasuk kes BID.

Ia diikuti dengan Sabah iaitu 7 kes, Selangor (5), Melaka (4), Kedah (2), Negeri Sembilan (2), Perak (2), Sarawak (1), Pulau Pinang (1), Terengganu (1) dan Kelantan (1).

Sementara itu, terdapat 243,342 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan 230,491 kes adalah individu dikuarantin di rumah manakala 5,414 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data KKM tersebut turut menunjukkan sebanyak 7,199 kes dirawat di hospital manakala 238 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU pula membabitkan pesakit memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 130 manakala 108 lagi tidak memerlukan mesin ventilator.

Covid-19: KKM rekod 34 kes kematian baharu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker