Peruntukan untuk J-KOM (JASA) RM40.5j

Peruntukan bagi Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) seliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dipotong sebanyak RM45 juta.

Potongan 47.4 peratus daripada keseluruhan peruntukan J-KOM, menerusi kertas pindaan yang diusulkan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri itu diluluskan secara undian suara majoriti.

Kelulusan pemotongan peruntukan bagi J-KOM yang kini hanya tinggal RM40.5 juta, berbanding peruntukan asal RM85.5 juta, diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Pada 25 November lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dijenamakan semula sebagai J-KOM dengan peranan dan fungsi berbeza.

Beliau menjelaskan J-KOM bermatlamat mewujudkan komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat dengan penyaluran maklumat yang tepat, sahih serta bijaksana.

“Kaedah yang digunakan ialah membangunkan komuniti khususnya di peringkat akar umbi, mengamalkan budaya ilmu, berkemahiran digital dan menghayati makna serta fokus patriotisme menggunakan pendekatan mengupayakan komuniti.

“Justeru, saya ingin memberi jaminan J-KOM bukan jentera propaganda kerajaan kerana kita mahu menjadikan ia sebagai komunikasi dua hala,” katanya. BH

Jasa dijenamakan semula sebagai J-Kom

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker