Peluh Bukan Hanya Penyebab Bau Badan, Boleh Jadi Petanda 5 Masalah Kesihatan Ini

Peluh Bukan Hanya Penyebab Bau Badan, Boleh Jadi Petanda 5 Masalah Kesihatan Ini

BAU badan merupakan perkara normal yang berlaku pada setiap orang dan ia terjadi disebabkan pertumbuhan bakteria di bahagian tubuh ketika berpeluh. Keadaan ini juga dikenali sebagai bromhidrosis.

Bagiamanapun, bau badan berlebihan tanpa sebarang sebab meskipun seseorang tidak berpeluh dan menjaga kebersihan diri boleh menjadi petanda masalah kesihatan tanpa disedari.



Ini kerana beberapa keadaan kesihatan tertentu dapat memicu peluh berlebihan bahkan membuat tubuh mengeluarkan aroma berbeza daripada kebiasaan.

Berikut adalah lima penyebab lain badan berbau;

Bau badan boleh disebabkan pelbagai faktor termasuk masalah kesihatan.

1. Tekanan

Ketika sedang berada dalam keadaan tertekan, seseorang akan menghasilkan peluh yang berlebihan. Tubuh manusia memiliki dua jenis kelenjar peluh iaitu ekrin dan apokrin.

Kelenjar ekrin mengeluarkan peluh yang digunakan untuk menyejukkan tubuh dan sebahagian besar daripadanya dalam bentuk cecair (air).



Sementara peluh apokrin, ia dilepaskan ketika seseorang berada dalam tekanan. Peluh jenis ini menjadi tempat perkembangan bakteria dan menimbulkan bau badan.

2. Penyakit diabetes, buah pinggang dan hati

Penyakit diabetes, buah pinggang dan hati juga dapat membuatkan tubuh mengeluarkan bau badan yang kurang enak disebabkan metabolisme tubuh. Contohnya, bagi pesakit kencing manis, penderitanya sukar memecahkan glukosa sehingga tubuh memberi reaksi dengan mengeluarkan bau kurang enak.

3. Kelainan genetik

Sebuah kajian menunjukkan satu pertiga individu dengan masalah bau badan yang tidak dapat dijelaskan mungkin memiliki kelainan genetik yang mengganggu metabolisme.

Keadaan ini dikenali sebagai trimetilaminuria atau ‘sindrom berbau hamis’. Individu dengan keadaan ini mengalami masalah kekurangan enzim untuk untuk memecah trimetilamin dan hasilnya senyawa ini berkumpul dan mengeluarkan bau busuk.



Peluh berlebihan boleh menyebabkan badan berbau.

4. Gangguan tiroid

Keadaan yang berkaitan dengan gangguan tiroid seperti penyakit Grave dapat menyebabkan seseorang peluh berlebihan. Peluh ini dapat menimbulkan bau yang tidak sedap.

5. Ubat ubatan

Peluh dan bau badan juga boleh disebabkan oleh kesan sampingan ubat-ubatan. Beberapa ubat seperti analgesik, antidepression, SSRI, ubat hormon dan ubat jantung dapat membuatkan seseorang mengeluarkan bau badan berlebihan.

Peluh Bukan Hanya Penyebab Bau Badan, Boleh Jadi Petanda 5 Masalah Kesihatan Ini



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker