Cuma Caj Elektrik RM2 Untuk 100km, Skuter Eclimo ES-1 Buatan Malaysia Menjimatkan!

Cuma Caj Elektrik RM2 Untuk 100km, Skuter Eclimo ES-1 Buatan Malaysia Menjimatkan!

KUALA LUMPUR: Malaysia memiliki banyak peluang dan potensi untuk mengembangkan industri kenderaan elektrik (EV) termasuk ke pasaran ASEAN.

Pengarah Eksekutif Eclimo Sdn Bhd, Datuk Dennis Chuah berkata, pengenalan skuter elektrik buatan tempatan, Eclimo ES-1 membuktikan negara ini telah memiliki sistem teknologi yang terkini dalam mengisi permintaan di peringkat serantau.

Jelasnya lagi, Iia disokong dengan trend jualan motosikal di Malaysia yang menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila mencatatkan jualan sekitar 450,000 hingga 500,000 unit dari tahun ke tahun.

“Teknologi untuk membangunkan motosikal elektrik jika dibandingkan dengan motosikal konvensional…, kita mempunyai banyak peluang. Agensi di bawah kerajaan Malaysia berusaha untuk bekerja rapat dengan kami (pengeluar kenderaan elektrik tempatan).

“Kita mahu memastikan bahawa kita (negara) memiliki teknologi terkini dan membuktikan pembangunan teknologi oleh syarikat tempatan, adalah berkesan.

“Jadi, hari ini jika anda bandingkan dengan negara ASEAN atau peringkat global bagi teknologi dengan kelajuan skuter yang boleh mencecah 100 kilometer per jam (kmj), ia tidak banyak. Maka, teknologi yang kita ada ialah teknologi terkini yang sudah dicapai,” katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Sabtu.

Eclimo dan NanoMalaysia Bhd (NMB) melancarkan motosikal elektrik, ES-11 dengan sistem pemantauan bateri (BMS) berstruktur nano

Eclimo dan NanoMalaysia Bhd (NMB) melancarkan motosikal elektrik, ES-11 dengan sistem pemantauan bateri (BMS) berstruktur nano

BACA: NanoMalaysia, Eclimo lancar e-motosikal dengan sistem pemantauan

Awal Disember tahun lalu, Eclimo dan NanoMalaysia Bhd (NMB) melancarkan motosikal elektrik, ES-11 dengan sistem pemantauan bateri (BMS) berstruktur nano.

BMS boleh memantau keadaan bateri dan menghantar makluman apabila voltan bateri menurun.

Ia juga dilengkapi dengan sistem pengesan dan perkhidmatan berdasarkan lokasi (geo-fencing) yang boleh dikawal melalui aplikasi mudah alih, selain ES-11 mempunyai sistem pengecasan soket palam tiga pin yang mudah.

Mengulas lanjut, Chuah berkata pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada 450,000 jualan unit motosikal di negara ini, dan eksport ke negara-negara ASEAN.

Katanya, pihaknya mengambil masa lima tahun untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) khususnya pada bahagian bateri sebelum ES-11 dikeluarkan.

Teknologi yang dibangunkan dapat menjimatkan pelepasan karbon dioksida sehingga tujuh kilogram

Teknologi yang dibangunkan dapat menjimatkan pelepasan karbon dioksida sehingga tujuh kilogram

Lebih penting jelasnya, teknologi yang dibangunkan dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida sehingga tujuh kilogram atau dianggarkan 2.5 tan setahun untuk setiap pengguna.

Chuah menambah menerusi inisiatif yang digerakkan oleh kerajaan termasuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), permintaan terhadap skuter elektrik turut menunjukkan peningkatan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Satunya kerana ia mampu mengurangkan karbon dioksida dan yang kedua kerana kos. Walaupun petrol di Malaysia diberikan subsidi, tetapi kita hanya menggunakan tiga pin soket untuk pengecasan untuk 100km dengan harga tidak sampai RM2. Ia memang menjimatkan.

“Bagi penyelenggaraan pula, skuter elektrik tidak memerlukan minyak pelincir, spark plug atau enjin… Jadi ia bukan hanya menjimatkan elektrik tetapi juga bahagian alat ganti,” ujarnya lagi.

Harga jualan untuk versi asas bermula dari RM10,501.00 termasuk pendaftaran dan insurans, sementara versi ES-11 Pro pula bermula daripada RM14,500.

Dua model yang dikhususkan untuk kegunaan komersial, ES-11 Delivery dan ES-11 Utility masing-masing memiliki tanda harga RM14,500 dan RM14,700.-AA

Cuma Caj Elektrik RM2 Untuk 100km, Skuter Eclimo ES-1 Buatan Malaysia Menjimatkan!

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker