12 lagi kematian akibat Covid-19

Kementerian Kesihatan memaklumkan sejumlah 12 kematian baru akibat Covid-19 semalam (14 Jan).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian yang berpunca daripada pandemik itu meningkat kepada 31,762 orang.

Purata 26 kematian akibat Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata 17 kematian dalam tempoh tujuh hari.

Jumlah kematian tertinggi dilaporkan di Selangor (4) diikuti Pahang (2), Pulau Pinang (2), Terengganu (2), Johor (1) dan Kedah (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Menurut laman web CovidNow, Terengganu, Pahang dan Kedah mencatatkan kematian tertinggi bagi setiap juta akibat Covid-19 sejak dua minggu lalu.

Lembah Klang melaporkan sebanyak 43 kematian akibat Covid-19 sejak 14 hari lalu.

Malaysia mencatatkan jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 961 kematian bagi setiap satu juta penduduk.

Setakat semalam, sebanyak 40,558 kes aktif Covid-19 dilaporkan. Ini adalah peningkatan sebanyak 2.2 peratus daripada 39,697 kes aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif menurun sebanyak 28.8 peratus daripada 56,991 kes.

12 lagi kematian akibat Covid-19


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker