Penyamun berbasikal pecah masuk rumah ditahan

Penyamun berbasikal pecah masuk rumah ditahan

Kota Bharu: Sebuah keluarga yang keluar makan malam menerima kejutan apabila rumah mereka dipecah masuk di Kubang Kerian, malam semalam.

Bagaimanapun, suspek berusia 42 tahun berjaya diberkas penduduk kampung di kawasan tali air kira-kira dua kilometer dari rumah mangsa bersama beberapa barangan yang dicuri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, mangsa wanita berusia 47 bersama keluarga sebelum itu keluar untuk makan dalam keadaan rumah berkunci pada 8 malam.

“Sebaik pulang pada 11 malam, mereka terkejut apabila mendapati pintu rumah terbuka serta barangan dalam keadaan berselerak dan mengesyaki ia dipecah masuk.

“Pemeriksaan mendapati beberapa barangan hilang antaranya tiga utas jam tangan, dua unit telefon bimbit, sebentuk cincin, kasut serta beg yang keseluruhannya dianggarkan RM3,000,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Suhaimi berkata, susulan itu, dua anak lelaki mangsa bersama penduduk kampung keluar mencari suspek di kawasan sekitar.

Menurutnya, mereka menemui seorang lelaki tidak dikenali sedang menunggang basikal sebelum menemui semua barangan yang hilang dan suspek diserah kepada pihak polis.

“Saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methampethamin dan memiliki 11 rekod jenayah bersabit dadah serta jenayah.

“Suspek direman empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. HM

Penyamun berbasikal pecah masuk rumah ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker