Nama serupa pandemik, Kovid Kapoor jadi bahan usikan

Nama serupa pandemik, Kovid Kapoor jadi bahan usikan

Seorang lelaki dari India bernama Kovid Kapoor baru-baru ini menjadi tular di media sosial selepas berkongsi kisah dan pengalaman lucu kerana mempunyai nama yang hampir sama dengan pandemik Covid-19, lapor laman berita World of Buzz semalam.

Malah, lelaki berusia 30 tahun itu berkata dia pernah memuat naik hantaran di media sosial bertulis ‘Nama saya Kovid dan saya manusia, bukannya virus’.



Menurut Kovid, namanya berasal daripada sebuah puisi berbahasa Hindi berjudul Hanuman Chaaleesa yang bermaksud orang yang bijak.

“Selalunya, nama itu merupakan panggilan yang indah namun kini ia mempunyai makna yang sangat berbeza,” katanya.

Kovid yang merupakan seorang pekerja syarikat mempromosikan pelancongan terbesar di India bernama Holidify juga menganggap pekerjaannya itu sebagai sesuatu yang ironi.

“Sedikit ironi kerana saya adalah Kovid yang mempromosikan pelancongan,” katanya.



Malah, ketika menyambut ulang tahunnya yang ke-30, rakan-rakan Kovid telah memesan kek untuknya dengan ucapan bertulis ‘Kovid-30’.

Namun, pekerja kedai menjual kek itu menyangka huruf K yang digunakan itu hanyalah satu jenaka, lalu mengubahnya kepada huruf C, menjadi ‘Covid-30’. K Online

Nama serupa pandemik, Kovid Kapoor jadi bahan usikan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker