Bekas pemimpin tertinggi Parti Cinta Sabah sertai PBRS
Bekas pemimpin tertinggi Parti Cinta Sabah sertai PBRS
Selepas hampir sebulan berteki-teki mengenai hala tuju sekumpulan bekas pemimpin tertinggi Parti Cinta Sabah (PCS) yang keluar parti, akhirnya mereka menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) secara rasmi hari ini.
Kumpulan yang diketuai oleh bekas Timbalan Presiden PCS, Datuk Seri Wilfred Bumburing itu memutuskan untuk menyertai PBRS yang dilihat sebagai satu-satunya parti berbilang kaum berasaskan Kadazan, Dusun dan Murut (KDM) dalam komponen Barisan Nasional (BN).
Wilfred berkata, beliau bersama bekas pemimpin tertinggi PCS yang lain memilih PBRS kerana yakin dengan perjuangan PBRS yang sentiasa konsisten.
“Semasa BN kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), PBRS tidak meninggalkan BN sebaliknya, mereka menunjukkan semangat setiakawan yang kental.
“Malah, dalam beberapa pertemuan dengan Tan Sri Joseph Kurup, beliau konsisten meluahkan semangat untuk berjuang demi orang Sabah. Menerusi PBRS, kita akan dapat memupuk semangat kekitaan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Menurut beliau, dianggarkan 10,000 ahli PCS serta penyokong Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan bersama-sama mereka menyertai PBRS. Penyertaan mereka dijangka membantu memperkuat dan memperkasakan PBRS.
Pada 17 Disember tahun lalu, Wilfred bersama bekas Naib-naib Presiden PCS, Datuk Ewon Ebin dan Amru Abdul Kadir serta beberapa pemimpin tertinggi lain mengumumkan keluar daripada PCS.
Sementara itu, Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup melihat penyertaan bekas pemimpin PCS itu akan mengukuhkan lagi kedudukan PBRS.
Mengulas lanjut katanya, kewujudan parti baharu yang akan ditubuhkan bekas Naib Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Peter Anthony tidak dilihat akan menggugat sokongan masyarakat KDM terhadap PBRS.
“Ia tidak akan menjejaskan usaha kita menyatukan rakyat, saya amat yakin tapi, kita tunggu dan lihat,” katanya.
Tambah beliau, PBRS langsung tidak risau kewujudan parti baharu itu akan memecah-belahkan sokongan masyarakat KDM. Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu sebenarnya hanya akan memecahbelahkan sokongan rakyat terhadap Warisan.
Dalam pada itu, Joseph berkata, keputusan UMNO Sabah untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU-15 akan dibincangkan dalam kepimpinan BN.
“Masih terlalu awal untuk memberi komen mengenai perkara ini, Apa pun ketetapan, kita kena bincang sebagai komponen BN,” katanya.
Hadir sama ialah Timbalan Naib Presiden PBRS merangkap Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Kurup. Utusan
Bekas pemimpin tertinggi Parti Cinta Sabah sertai PBRS
Baca Artikel Menarik :
- Azam ‘sembang’ dulu cakap sokong pemberi maklumat – C4
- Banjir: E-rebat RM500 bantu mangsa banjir beli peralatan elektrik
- Caj RM600 sekali servis, 6 pelajar Afrika melacur ditahan
- Adik guna akaun Azam: Ini bukan akaun Shopee – Fahmi
- Keladi emas 916 sama harga Honda Civic
- Anya kena kecam bercium dengab Reza
- Sharnaaz risau, Emma pula obses
- Ameera Khan dikecam jual kek batik
- Maut Angkara Buat Pusingan U Mengejut
- Khalid jangan sibuk tanah orang
- Wanita letak ikan mati dalam peti surat bekas teman lelaki setiap hari
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?
You must be logged in to post a comment.