Takiyuddin pertahan kenyataan ‘sambut baik’ penjelasan Azam Baki

Takiyuddin pertahan kenyataan ‘sambut baik’ penjelasan Azam Baki

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan konsisten dengan kenyataannya sebelum ini yang menyambut baik penjelasan Tan Sri Azam Baki berhubung kontroversi melanda beliau.

Kata Takiyuddin, konteks sebenar kenyataan beliau ialah ‘berpuas hati’ kerana Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berani tampil ke hadapan untuk memberi penjelasan.



“Saya selaku Setiausaha Agung Pas, kita bukan hendak kata (Azam) bersalah sebab beliau belum dibuktikan bersalah, sebaliknya, kita juga tidak kata yang beliau tidak bersalah.

“Yang pentingnya kita berpuas hati kerana beliau berani tampil menjelaskan keadaan dan segala tohmahan dilemparkan. Sekarang biar pihak berkuasa iaitu polis dan SPRM selesaikan kes itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Persatuan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Kelab di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu di sini hari ini.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub baru-baru ini menempelak Pas dan mengakui tidak terkejut dengan pendirian disuarakan parti itu berhubung kontroversi menyelubungi Azam.



Salahuddin merujuk kepada kenyataan Takiyuddin yang menyambut baik penjelasan Azam mengenai dakwaan pemilikan saham dalam beberapa syarikat dan menyifatkan Pas kini bersikap ‘mesra dan jinak dengan kemungkaran’.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, sama ada bersalah atau tidak, Azam sebagai orang yang dituduh masih menonjolkan satu contoh sikap yang baik apabila tampil ke hadapan dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, berhubung pendirian Pas dalam isu Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN), hanya kenyataan serta tulisan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang boleh menjadi rujukan serta garis panduan.

“Sekiranya kenyataan orang lain, ia hanya pandangan peribadi masing-masing,” katanya. Utusan



Takiyuddin pertahan kenyataan ‘sambut baik’ penjelasan Azam Baki


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?



Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker