Wan Junaidi dikecam ‘pertahan’ Azam Baki

Wan Junaidi dikecam ‘pertahan’ Azam Baki

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar silap dari segi fakta dan undang-undang dalam mempertahankan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki berkaitan isu pemilikan saham, dakwa Ahli Parlimen PKR.

Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah, memberitahu FMT Wan Junaidi silap mengenai nilai saham dimiliki Azam, selain berhubung undang-undang berkaitan pemilikan saham oleh pegawai awam.

Semalam, Wan Junaidi berkata saham dimiliki Azam “tidak mahal” ketika dibeli pada 2016, iaitu antara 30 sen hingga 33 sen seunit, manakala sejuta unit itu dinilaikan sekitar RM330,000 ketika itu.



Sivarasa bagaimanapun berkata, rekod menunjukkan saham dan waran dibeli menggunakan Azam antara 2015 dan 2016 dalam dua syarikat tersenarai awam.
Katanya, ini melibatkan nilai kira-kira RM2 juta.

Untuk rekod, Azam menyatakan beliau tidak membeli saham itu, sebaliknya adiknya menggunakan akaun dagangannya untuk tujuan berkenaan.

Selain itu, Sivarasa berkata Wan Junaidi mengetepikan peruntukan Pekeliling Perkhidmatan 3/2002 yang menetapkan had RM100,000 untuk nilai saham yang boleh dimiliki penjawat awam dalam sesebuah syarikat.

Malah, katanya tiada rekod pemilikan saham Azam selepas 2016 yang membayangkan saham berkenaan telah dilupuskan. Katanya, perkara itu perlu disiasat.



Sementara itu, empat Ahli Parlimen pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Pemilihan Khas bagi Agensi-agensi bawah Jabatan Perdana Menteri hari ini menyuarakan kekecewaan dengan Wan Junaidi kerana mempertahankan Azam.

Empat Ahli Parlimen itu – Azis Jamman (Sepanggar) Chan Foong Hin (Kota Kinabalu), Khoo Poay Tiong (Kota Melaka), dan William Leong Jee Keen (Selayang) – turut menyoal sama ada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas itu, Abdul Latiff Abdul Rahman akan memanggil mesyuarat bagi membincangkan isu berkenaan. FMT

Wan Junaidi dikecam ‘pertahan’ Azam Baki


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker