Adakah Muhyiddin buat penelitian wajar sebelum lantik Azam – Azalina

Adakah Muhyiddin buat penelitian wajar sebelum lantik Azam – Azalina

Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said mempersoalkan sama ada bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjalankan penelitian wajar yang menyeluruh sebelum melantik Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Mac 2020.

“Azam dilantik oleh Muhyiddin, Perdana Menteri ketika itu. Saya menganggap penelitian wajar yang menyeluruh telah dijalankan oleh pihak berkuasa berkaitan sebelum beliau dilantik.



“Adakah isu ini (pemilikan saham korporat) tidak diketengahkan ketika itu?” soalnya dalam catatan di Facebook.

Azam sedang disiasat sama ada beliau melanggar undang-undang berhubung pemilikan sahamnya dalam syarikat senaraian awam dan kerana membenarkan akaun dagangan sahamnya digunakan oleh adiknya.

Azalina, yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno dan Penasihat Khas (Undang-undang dan Hak Asasi Manusia) kepada Perdana Menteri, turut mempersoalkan sama ada isu Azam telah dibawa ke perhatian Jawatankuasa Aduan sebelum pelantikannya atau semasa menyandang jawatan berkenaan.

Beliau berkata, Seksyen 15 Akta SPRM 2009 membenarkan pelantikan Jawatankuasa Aduan untuk memantau kelakuan pegawai SPRM.



Terdapat beberapa jawatankuasa bebas dan badan pengawasan dalam SPRM, katanya, sambil mempersoalkan sama ada wujud keperluan untuk lebih lagi ditubuhkan.

Salah satu jawatankuasa tersebut adalah Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah yang dilantik Yang di-Pertuan Agong. Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Presiden Dewan Negara itu dianggotai tiga senator dan dua Ahli Parlimen, selain dipengerusikan Speaker Dewan Negara.

“Mengikut prosedur, jawatankuasa khas ini menjalankan pengawasan ke atas Lembaga Penasihat SPRM, yang diperuntukkan oleh Seksyen 13 Akta (Akta SPRM 2009). Jelas sekali, terdapat dua badan pengawasan yang dilantik oleh Agong,” katanya.

“Adakah lembaga penasihat berbincang dengan jawatankuasa khas ini sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan? Apa pendirian jawatankuasa khas mengenai pendapat lembaga penasihat?”



Keputusan LPPR yang membersihkan nama Azam dengan berkata pembelian saham oleh adiknya tidak menjadi konflik kepentingan mengundang kritikan pelbagai pihak.

Semalam, enam ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) menjauhkan diri daripada kenyataan pengerusinya, Abu Zahar Ujang pada Rabu yang membersihkan nama Azam daripada sebarang salah laku berhubung isu pemilikan saham korporat.

Hari ini, tiga Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM mengeluarkan kenyataan menyatakan sokongan mereka kepada Azam. Mereka menyifatkan tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap Azam kebelakangan ini bermotifkan “politik balas dendam” bertujuan menjatuhkan imej dan kredibiliti agensi antirasuah itu.

Sementara itu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, orang ramai perlu menunggu sehingga siasatan, termasuk yang dijalankan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC), selesai.



Adakah Muhyiddin buat penelitian wajar sebelum lantik Azam – Azalina


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?



Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker