1.18 juta murid kembali ke sekolah

KOTA BHARU – Hari pertama sesi persekolahan penggal ketiga tahun 2021/2022 yang membabitkan lebih 1.18 juta murid dan pelajar di empat negeri berjalan lancar menerusi kaedah penggiliran bermula Ahad.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, empat negeri terlibat ialah Kelantan, Kedah, Terengganu dan Johor.

Katanya, sekolah dibuka kekal menggunakan kaedah penggiliran yang progresif dan cermat.

“Tinjauan di beberapa sekolah di Kelantan mendapati pelajar teruja datang ke sekolah selepas tidak melalui proses pembelajaran bersemuka.

“Mereka bersemangat dengan ramai yang lengkap beruniform dan ada juga yang memakai pakaian harian namun tiada masalah kerana perkara itu dibenarkan,” katanya pada sidang akhbar selepas lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail di sini sempena operasi hari pertama pada Ahad.

Mohd Radzi turut memberitahu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terbuka sekiranya ada pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah dengan alasan kukuh dan memaklumkan kepada pihak pentadbiran sekolah untuk tindakan lanjut.

Radzi (kanan) bermesra dengan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, Kota Bharu ketika lawatan beliau pada Ahad. – Foto Sinar Harian
“Kita memahami ketakutan ibu bapa terhadap pandemik Covid-19 tetapi perlu memaklumkan kepada pihak sekolah,” katanya.

Sementara itu, Mohd Radzi berkata, pendekatan kaedah penggiliran sesi persekolahan yang dilaksanakan KPM adalah secara progresif dan cermat.

“Sebolehnya KPM tidak mahu penggiliran tetapi situasi semasa pandemik Covid-19 termasuk penularan virus Omicron menyebabkan kaedah ini dikekalkan.

“Kami berpendapat kaedah ini perlu diteliti terlebih dahulu dari masa ke masa selain perbincangan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan vaksin pelajar,” katanya.

1.18 juta murid kembali ke sekolah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker