Rakyat masih berharap KWSP RM10,000 diluluskan

Rakyat masih berharap KWSP RM10,000 diluluskan

Orang ramai masih berharap agar kerajaan meluluskan pengeluaran wang melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), i-Citra berjumlah RM10,000.

Ia berikutan permohonan rayuan bagi mengemaskini status pada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menerima bantuan rata-rata dianggap sebagai beban oleh rakyat.

Melalui satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Asyraf Wajdi Dusuki dilihat meminta pengguna laman sosial untuk berkongsi situasi mereka mengenai perkara tersebut.

“Siapa di sini dalam kalangan mereka sebelum ini termasuk dalam kategori T20 atau M40, namun menjadi B40 disebabkan pandemik Covid-19?

Asyraf Wajdi mengambil kira luahan rakyat berkenaan kelulusan KWSP RM10,000.
“Pernahkah buat pemakluman atau rayuan bagi mengemaskini status terkini pada LHDN bagi melayakkan diri menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Khas Covid (BKC) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Boleh kongsikan pengalaman dapat bantuan ataupun tidak?” katanya.

Hantaran tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dan luahan orang ramai tentang pengalaman mereka bagi mendapatkan bantuan.

“Tak dapat kerana permohonan letak pelbagai syarat termasuk juga tuntutan mySalam untuk Covid-19. Dah dua kali pergi mohon untuk 16 hari kuarantin pun tak layak.

“Tak tahulah kerajaan ambil data ikut mana sebab kalau gaji tempat baru RM1,200, macam mana nak bertahan?” kata Zam Ima.

Selain itu, turut meninggalkan komen adalah seorang pengguna dikenali sebagai Kerol Izwan.

“Mohon sangat isu pengeluaran RM10,000 KWSP diluluskan sebab pencarum sangat ramai yang berharap ni,” luahnya. K Online

Rakyat masih berharap KWSP RM10,000 diluluskan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker