16 Ketua Cabang PKR Sabah protes kepimpinan Christina

KOTA KINABALU: Pengerusi Ketua-ketua Cabang PKR Sabah Simsudin Sidek mendakwa mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) parti itu yang berlangsung hari ini tidak cukup korum selepas 16 ketua cabang tidak hadir.

Bagaimanapun, katanya mesyuarat itu tetap diteruskan selepas beberapa individu dilantik secara terus oleh Ketua PKR Sabah Christina Liew.

“Merujuk kepada keputusan bersama yang dibuat sebelum ini, hari ini 16 Ketua Cabang PKR Sabah tidak menghadiri Mesyuarat MPN yang diadakan secara hibrid.

“Ini adalah sebagai tanda protes daripada ketua-ketua cabang yang telah menolak kepimpinan Christina Liew dan penolakan ini juga termasuk oleh Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Ketua Srikandi dan Ketua Skuad Sabah yang turut menolak kepimpinan beliau (Christina).

“Saya telah dimaklumkan korum kehadiran mesyuarat hari ini tidak mencukupi namun diteruskan dengan memasukkan beberapa individu dan dilantik secara terus dan ini jelas merupakan tindakan yang sangat terdesak daripada Christina, saya mempunyai bukti kehadiran mereka yang berada di atas talian serta mereka yang hadir secara fizikal,” katanya dalam kenyataan.

Simsudin berkata, beliau juga telah dimaklumkan mengenai pengguguran Ketua Cabang Kota Belud Mustapha Sakmud selaku Timbalan Pengerusi PKR negeri.

Katanya, pengguguran itu mungkin berlaku akibat kegagalan beliau membantu Christina mendapatkan sokongan majoriti Ketua-ketua Cabang PKR Sabah.

“Hari ini genap 20 hari selepas Mesyuarat Sekretariat Ketua-ketua Cabang yang sepatutnya dijadualkan bersama Anwar Ibrahim (Presiden PKR) di Kota Kinabalu sebelum beliau membatalkan perjalanan kerana bencana banjir di Semenanjung.

“Desakan ini bukanlah baharu namun telah berpanjangan sejak empat tahun lalu. Malah Sekretariat Ketua-ketua Cabang ini juga telah ditubuhkan dan bersama menolak kepimpinan Christina sejak lebih setahun lalu.

“Saya selaku Pengerusi Sekretariat Ketua-ketua Cabang mewakili 16 Ketua Cabang serta Ketua-ketua Sayap PKR Sabah menggesa Anwar Ibrahim segera menyelesaikan kemelut ini,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu perlu diselesaikan segera dan tidak diheret terlalu lama sehingga pemilihan parti yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.

Katanya, tindakan itu tidak memberi kelebihan kepada parti melainkan hanya menyaksikan perpecahan lebih teruk dalam PKR Sabah.

16 Ketua Cabang PKR Sabah protes kepimpinan Christina


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker