RM108.15 juta peruntukan pasca banjir Sabah – Ismail Sabri

KOTA MARUDU – Kerajaan menganggarkan sejumlah RM108.15 juta peruntukan bagi pasca banjir termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI) bagi memulihkan kerosakan akibat bencana itu baru-baru ini di beberapa daerah di Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dianggarkan sebanyak RM90.86 juta membabitkan pembaikan infrastruktur selain baik pulih rumah (RM7.81 juta) dan bantuan barang keperluan asas (RM3.67 juta).

“Selebihnya membabitkan BWI sebanyak RM1.19 juta, pembaikan kecil rumah (RM2.74 juta), bina baharu rumah (RM1.17 juta), baucar diskaun peralatan dan rebat elektrik (RM643,000) dan baucar diskaun pembaikan kenderaan (RM31,000).



“Bagi pembaikan infrastruktur, senarai yang diberikan akan disemak sama ada oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) atau Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengikut jenis infrastruktur.

“Sekarang ini kita baru dapat senarai ini dan ia akan disemak oleh pihak JKR seperti jalan raya, jambatan gantung, sama ada JKR ataupun KPLB, jadi begitu juga berkaitan rumah dan sebagainya. Beberapa jabatan terbabit, insyaAllah kita akan segerakan.

“Arahan saya perlu disegerakan semua bukan sahaja pemberian BWI dan yang lain, tetapi infrastruktur juga perlu disegerakan kerana mereka yang terbabit dengan banjir mengalami kesusahan dan kita tak mahu menambah kesusahan mereka apabila infrastruktur dikawasan masing-masing juga terjejas dan rosak.

“Ini boleh menganggu mungkin dari segi aktiviti ekonomi mereka, jadi kalau boleh kita segerakan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Dewan Komuniti Kota Marudu, dekat sini hari ini. -K! ONLINE



RM108.15 juta peruntukan pasca banjir Sabah – Ismail Sabri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?



Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker