Tubuh pasukan khas siasat Azam, PM digesa

Sebaran :

Tubuh pasukan khas siasat Azam, PM digesa

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi menggesa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membentuk pasukan petugas khas bagi menyiasat dakwaan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Azam Baki berhubung pemilikan sahamnya.

Katanya, pasukan petugas itu perlu bebas, telus dan memiliki bidang tugas khusus bagi menyiasat isu itu secara komprehensif.

Cadangannya itu susulan kenyataan Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Abu Zahar Ujang bahawa beliau akan menyerahkan laporan mengenai siasatannya kepada Perdana Menteri untuk tindakan lanjut.



Puad memberitahu FMT, Ismail perlu mengambil inisiatif kerana orang ramai tidak yakin dengan siasatan LPPR itu.

“Orang ramai tidak akan percaya laporan yang akan dihantar Abu Zahar kepada Perdana Menteri kerana lembaga itu hanya mendengar penjelasan Azam.

“Adakah mereka turut memanggil pihak lain seperti Edmund Terence Gomez, Suruhanjaya Sekuriti dan adik Azam (Nasir) untuk memastikan siasatan yang komprehensif? Orang ramai akan meragui hasil siasatan sebelah pihak oleh LPPR itu,” katanya.

Sementara itu, rakannya dalam MKT, Rahman Dahlan berpendapat Perdana Menteri tidak patut diheret dalam isu itu walaupun SPRM di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).



“Jika laporan yang akan dihantar kepada PM oleh LPPR adalah keperluan di bawah Akta SPRM 2009, tidak mengapa.

“Tetapi jika tiada peruntukan dalam akta itu supaya LPPR melaporkan kepada Perdana Menteri, saya cadangkan lembaga tidak berbuat demikian kerana ini akan menyebabkan beliau terheret dalam isu berkenaan sedangkan tidak perlu,” katanya kepada FMT.

Katanya, akta itu memberikan mekanisme dalaman mencukupi untuk membolehkan agensi antirasuah itu menangani pelbagai isu, termasuk pemilikan saham.

Tegasnya, jawatankuasa bebas di dalam SPRM juga wujud untuk memastikan semak dan imbang terhadap agensi itu, seterusnya membolehkan isu berkenaan ditangani secara dalaman dan bebas.



LPPR semalam membersihkan nama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Azam Baki daripada sebarang salah laku berhubung pembelian saham syarikat.

Dalam sidang media di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya, Abu Zahar berkata Azam telah memberi penjelasan mengenai pembelian saham itu, iaitu akaunnya telah digunakan adiknya Nasir untuk pembelian saham itu di pasaran terbuka pada 2015 selain tiada konflik kepentingan.

Pengumuman itu diselar beberapa pihak yang mengkritik kekurangan ketelusan dan kebebasan siasatan. FMT

Tubuh pasukan khas siasat Azam, PM digesa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)

Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *