Mohd Farid Ravi dilantik Rektor KUIS

Mohd Farid Ravi dilantik Rektor KUIS

Prof Madya Datuk Dr Mohd Farid Ravi Abdullah dilantik sebagai Rektor/Ketua Eksekutif Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang kelima berkuat kuasa, 1 Januari lalu.

Pelantikan Mohd Farid Ravi sebagai Rektor adalah berdasarkan kepada keupayaan, pencapaian dan pengalaman beliau semasa memegang jawatan pentadbiran dan akademik di pelbagai peringkat sejak tahun 2000.



“Keputusan Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah KUIS yang bersidang pada 17 November 2021 dan Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Manusia Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 8 Disember 2021 bersetuju melantik Mohd Farid Ravi sebagai Rektor/Ketua Eksekutif KUIS yang kelima berkuat kuasa mulai 1 Januari lalu.

“Di peringkat KUIS, beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, pensyarah dan eksekutif Pusat Islam, pengarah Institut Kajian Hadis dan Akidah, pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi dan pengarah Pusat Pengajian Siswazah.

“Beliau turut dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada tahun 2019, Ahli Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang pada tahun 2020 dan Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada tahun 2021. Beliau juga aktif dalam aktiviti dakwah dan kemasyarakatan serta mempunyai program sendiri di kaca televisyen dan di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Farid Ravi dilahirkan pada 28 November 1971 di Kuala Lumpur memperoleh Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Al-Bayt, Jordan dan Ijazah Sarjana Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Tafsir & Ulum Al-Quran dari Universiti Jordan pada tahun 2015. HM



Mohd Farid Ravi dilantik Rektor KUIS


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)



Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker