Ritual Tolak Banjir: Raja Bomoh Tampil Buat Laporan Polis [VIDEO]

Ritual Tolak Banjir: Raja Bomoh Tampil Buat Laporan Polis

TELUK INTAN: Individu bergelar Raja Bomoh tampil membuat laporan polis bagi menafikan upacara menolak musibah banjir yang dilakukan di Dataran JPS Teluk Intan yang tular di media sosial bertentangan dengan akidah.

Laporan itu dibuat pada jam 12.30 tengah malam pada Rabu di Balai Polis Teluk Intan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Menurutnya, dalam laporan itu, lelaki berusia 71 tahun terbabit menyatakan perbuatannya itu hanya untuk mendoakan keselamatan penduduk supaya tidak berlaku banjir.

“Laporan tersebut telah dirujuk kepada pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak untuk siasatan lanjut pihak mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, polis telah menerima laporan berhubung perbuatan individu berkenaan bersama seorang wanita dikenali ‘Puteri Zaleha’ pada 4.30 petang Rabu.

Katanya, laporan tersebut juga telah dirujuk kepada Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak untuk tindakan lanjut.

Video berdurasi 25 minit yang tular di Facebook itu memperlihatkan Raja Bomoh bersama seorang wanita dikenali sebagai ‘Puteri Zaleha’ melakukan ritual tepung tawar dipercayai untuk menolak kejadian banjir.

Mereka menggunakan bahan-bahan seperti beras, kunyit, bunga dan daun-daun kayu. Turut kelihatan di hadapan mereka ialah surah Yasin dan kitab suci al-Quran.

Susulan video tular itu, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah membuka kertas siasatan terhadap Raja Bomoh mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.

Di bawah seksyen itu, mereka yang mempersenda akan amalan atau upacara berkaitan agama Islam merupakan kesalahan yang boleh disabitkan dengan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.-SH

Ritual Tolak Banjir: Raja Bomoh Tampil Buat Laporan Polis

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)

Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker