Kes kanak-kanak berdiri luar beranda kondo, polis buka kertas siasatan

Kes kanak-kanak berdiri luar beranda kondo, polis buka kertas siasatan

Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dirakam sedang berdiri di luar beranda sebuah kondominium hingga tular di media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Saiful Annuar Yusoff berkata, polis menerima laporan pada 4 petang semalam berhubung penyebaran video terbabit sebelum melakukan siasatan.



Katanya, siasatan mendapati kejadian berlaku di rumah nenek mangsa ketika keluarganya datang untuk melakukan persiapan majlis perkahwinan ibu saudaranya.

“Hasil siasatan mendapati kanak-kanak tersebut berusia lima tahun. Bapa mangsa memberitahu bahawa anaknya adalah seorang yang hiperaktif dan dia keluar dari beranda kerana mahu melihat kolam mandi.

“Kira-kira tiga minit kemudian, ibu bapa mangsa yang berusia 31 tahun dan 34 tahun telah berjaya memujuk mangsa untuk masuk semula ke dalam rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kertas siasatan kini dibuka mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.



Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita daripada sumber tidak sah dan boleh mengganggu siasatan polis.

Semalam, satu rakaman video tular di media sosial menunjukkan gelagat kanak-kanak terbabit yang didakwa ‘didera’ dan diletakkan di luar beranda sebuah kondominium.

Dua individu yang dikatakan ‘mengawasi’ kanak-kanak itu turut kelihatan dalam video terbabit. FMT

Kes kanak-kanak berdiri luar beranda kondo, polis buka kertas siasatan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)



Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker