Khalid jangan sibuk tanah orang

Khalid jangan sibuk tanah orang

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad diminta jangan sibuk campur urusan hartanah milik orang Kampung Baru dan Kampung Sungai Baru.

Demikian luah penduduk Kampung Sungai Baru, Hanita Yunus, 60, yang mempersoalkan kewajaran bekas Menteri Wilayah Persekutuan era Pakatan Harapan menuntut janji Menteri Wilayah Persekutuan ketika ini, Datuk Seri Shahidan Kassim.

“Beliau (Khalid) ada tanah ke di sini? Kenapa sibuk campur hal tanah orang lain? Apa yang pemilik tanah hendak buat dengan tanah mereka itu hak masing-masing.

“Jangan cuba hasut atau pengaruhi orang lain untuk tentukan apa yang terbaik, setiap pemilik ada perancangan masing-masing, jadi sila jangan campur.

“Hanya 30 peratus penduduk tidak setuju atas faktor-faktor tertentu tetapi apa nasib 70 peratus yang sudah penat menunggu sehingga ada yang sudah meninggal dunia tidak sempat menikmati hasil di tanah sendiri.

“Khalid tidak faham isu sepertimana kami kerana dia tiada tanah di sini,” katanya kepada Wacana.My

Khalid dalam kenyataannya semalam mempersoalkan di mana janji Shahidan mengenai isu pengambilan tanah di Sungai Baru, Kampung Baru yang sebelum ini dikatakan akan dilaksanakan secara adil.

Jaminan itu diberi Shahidan yang mengatakan beliau sendiri akan berunding dengan pemilik dan pemaju bagi memastikan persetujuan dapat dicapai.

Shahidan dalam masa yang sama turut mencadangkan pemaju membayar dahulu nilai hartanah kepada pemilik dan membenarkan mereka membeli unit rumah gantian apabila ia siap dibina.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Pemilik Hartanah Kampung Sungai Baru, Zulfakar Wahid, berkata bagaimana Khalid boleh mengatakan Shahidan tidak tunai janji sedangkan kami belum berjumpa dengan Shahidan, belum ada kata putus.

“Memorandum sudah dihantar sudah dibaca Datuk Seri tetapi belum dapat berjumpa berikutan beliau sibuk bantu banjir.

“Sepatutnya, majlis pecah tanah sudah dibuat pada Disember lalu tetapi tangguh kerana isu banjir dan sebelum ini beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakkan yang menghalang rentas negeri. Jadi bagaimana pembangunan boleh dibuat?

“Takkan Khalid tidak faham isu semasa yang sedang dialami rakyat ketika ini, lebih elok Khalid sibuk hal kawasannya di Shah Alam daripada sibuk hal Kampung Baru dan Kampung Sungai Baru. Wn

Khalid jangan sibuk tanah orang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)

Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker