Bintang gergasi Betelgeuse meletup

Bintang gergasi Betelgeuse meletup, mati

Beberapa teleskop di Bumi merakam fenomena pertama detik kematian sebutir bintang gergasi merah bernama Betelgeuse, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Bintang itu sebelum ini menarik tumpuan para saintis disebabkan pemalapannya yang tidak teratur dan diramalkan meletup.

Menerusi penyelidikan baru-baru ini, bintang yang terletak di galaksi NGC 5731 pada jarak sekitar 120 juta tahun cahaya dari Bumi itu adalah 10 kali ganda lebih besar daripada Matahari.

Cahaya bergerak pada kelajuan 299,792 kilometer sesaat.

Sebelum meletup, sesetengah bintang biasanya mengeluarkan letusan ganas atau melepaskan lapisan gas panas yang bercahaya, tetapi ini tidak berlaku kepada Betelgeuse yang dilihat agak tenang sebelum ‘mati’ dan berubah menjadi bintang neuron yang padat.

Sebaliknya, saintis menyaksikan bintang itu musnah secara dramatik sebelum runtuh dalam letupan supernova jenis ii. Ia runtuh dengan pantas dan meletup secara ganas selepas hidrogen, helium dan unsur-unsur lain dalam terasnya terbakar.

“Ini adalah satu kejayaan mengatasi pemahaman kami tentang perkara yang berlaku pada bintang gergasi beberapa detik sebelum ia mati,’’ jelas kenyataan penulis utama kajian itu, Wynn Jacobson-Galán yang merupakan Felo Penyelidik Siswazah Yayasan Sains Kebangsaan di Universiti California.

“Pengesanan langsung aktiviti prasupernova dalam bintang gergasi merah tidak pernah diperhatikan sebelum ini. Buat pertama kalinya, kami menyaksikan bintang gergasi merah meletup,’’ tambah beliau. K Online

Bintang gergasi Betelgeuse meletup


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)

Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker