Ribut di Musytari boleh ‘telan’ Bumi

Ribut di Musytari boleh ‘telan’ Bumi

Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah menyiarkan sebuah gambar menakjubkan berlakunya dua ribut besar yang melanda Musytari di akaun Instagramnya, lapor akhbar The Sun semalam.

Gambar itu dirakam pada hujung tahun lalu oleh kapal angkasa pengorbit planet, Juno milik NASA.

Skala tepat kedua-dua ribut itu tidak diketahui tetapi pakar berpendapat bahawa salah satu ribut adalah sangat besar sehingga boleh memuatkan Bumi di dalamnya.

“Dua ribut berputar yang besar sedang berlaku di permukaan Musytari dalam imej yang dirakam oleh perakam cahaya @NASASolarSystem Juno, JunoCam di laluannya yang ke-38 pada ketinggian kira-kira 6,140 kilometer,’’ kata NASA.

“Awan terang yang timbul di atas mewujudkan bayang-bayang pada tebing ribut yang lebih rendah daripadanya.

“Ribut di bawah lebih besar daripada yang di atas, biasanya sepanjang 50 kilometer,’’ jelas pihak tersebut. K Online

Ribut di Musytari boleh ‘telan’ Bumi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)

Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker