Lelaki cedera ditanduk kerbau naik minyak

Kerbau tersebut terus mengamuk dan menterbalikkan kerusi serta meja di dalam kedai. – NewsFlare

BEIJING – Seekor kerbau sesat menanduk seorang lelaki yang berada di dalam sebuah restoran di timur China selepas merempuh masuk ke dalam premis tersebut, lapor portal berita MailOnline semalam.

Berdasarkan sebuah rakaman bagi kejadian yang berlaku di wilayah Jiangsu itu, dua lelaki pada awalnya dilihat berada di dalam restoran tersebut dengan salah seorang daripadanya sedang memegang telefon bimbit, manakala seorang lagi meminum air.

Secara tiba-tiba, seekor kerbau muncul dari bahagian penghadang plastik yang dipasang di tepi kedai lantas merempuh dan menanduk salah seorang daripada mereka.

Kerbau tersebut muncul dari bahagian penghadang plastik yang dipasang di tepi kedai lantas merempuh dan menanduk salah seorang daripada lelaki tersebut. – NewsFlare

Rakan mangsa kemudiannya segera menarik lelaki yang cedera pada bahagian kaki itu ke bahagian tepi restoran.

Kerbau tersebut terus mengamuk dan menterbalikkan kerusi serta meja di dalam kedai termasuk di dalam sebuah bilik makan persendirian sebelum meninggalkan tempat kejadian.

Menurut laporan pihak berkuasa, kerbau itu dikatakan terlepas dari sebuah pusat penyembelihan sebelum merempuh masuk ke dalam restoran tersebut. – AGENSI

Lelaki cedera ditanduk kerbau naik minyak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker