Netizen Kenya meroyan KFC kehabisan jejari kentang
NAIROBI, Kenya – Gergasi rangkaian makanan segera Amerika Syarikat, KFC mencetuskan kemarahan netizen di Kenya selepas ia kehabisan jejari kentang dengan pengguna Ttempatan Twitter mengugut akan melancarkan boikot kerana rangkaian restoran berkenaan tidak menggunakan ubi kentang tempatan.
“Anda agak berlebihan menyukai jejari kentang kami dan kami kehabisan bekalan. Maaf!,” kata KFC dalam satu kenyataan menerusi Twitter minggu ini.
Bos francais itu di rantau Afrika Timur, Jacques Theunissen berkata, KFC menjadi mangsa terbaharu gangguan perkapalan global yang berpunca daripada pandemik Covid-19.
“Masalah ini berpunca daripada gangguan perkapalan akibat situasi Covid-19,” katanya kepada akhbar tempatan. Business Daily.
Menurutnya, KFC berharap masalah kekurangan bekalan itu akan selesai dengan ketibaan kontena sarat dengan ubi kentang pada minggu ini.
Bagaimanapun, pengakuan Theunissen bahawa restoran berkenaan tidak menggunakan ubi kentang yang ditanam petani tempatan mengundang gelombang bantahan di Twitter.
Francais ayam goreng itu memasuki pasaran Kenya pada 2011 dan kini mempunyai sebanyak 35 restoran di seluruh rantau Afrika Timur.
Sementara itu, dalam kenyataannya semalam, KFC menyatakan bahawa pihaknya memulakan rancangan untuk mendapatkan bekalan ubi kentang daripada petani Kenya. – AFP
Netizen Kenya meroyan KFC kehabisan jejari kentang
Baca Artikel Menarik:
- Long Tiger JR seronok kira duit
- Sajat buka bisnes di Australia, tawar peluang pekerjaan
- Irwansyah ditipu adik sendiri, kerugian RM1.5 juta
- MN adalah tanda kesyukuran kepada Allah – Nik Abduh
- Azmin Ali jadi TPM seterusnya?
- Jangan terkejut jika PAS tinggalkan Bersatu
- Ketua Penerangan Armada disekolahkan kerana kritik Shahril Hamdan
- Muda menghormati hak mereka (minum bir) – Syed Saddiq
- Derma RM5 Kena Ludah – Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Berhadapan Pengemis Rohingya (Video)
- KWSP i-Citra: Beri rakyat buat pilihan – Najib
- Former Teacher Shocked To See Siew Pui Yi’s Nudes On Penthouse
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)
LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham
You must be logged in to post a comment.