RM5 juta naik taraf ban di Segamat – Ismail
RM5 juta naik taraf ban di Segamat – Ismail
KERAJAAN meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk menaik taraf ban di Kampung Spang Loi, Segamat, bagi menangani isu banjir di kawasan ini dan sekitarnya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ban itu perlu segara dinaik taraf bagi mengelak kejadian banjir di daerah ini pada masa depan.
“Hari ini saya mendengar pembentangan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang memaklumkan kalau kita nak mengelakkan banjir yang berlaku di Segamat ini, memerlukan kita membina (menaik taraf) ban supaya dapat dinaikkan ketinggian.
“Keperluan adalah segera, jadi hari ini saya meluluskan RM5 juta untuk bina ban supaya dapat kita elakkan dan kurangkan banjir di Segamat,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Tandong, Buloh Kasap, hari ini.
Baca artikel berkaitan: Dana RM50 juta diperuntukkan kepada 32 PBT – PM
Menurut JPS Johor, pembinaan ban di Kampung Spang Loi itu melibatkan kerja menaik taraf ban sedia ada sepanjang 1.5 kilometer dan meninggikan aras ban daripada 5.2 meter kepada 6.2 meter bagi menampung air banjir yang meningkat berbanding semasa direka bentuk sebelum ini.
Pada Ahad lepas, ban yang siap dibina pada 2019 itu, pecah sehingga menyebabkan banjir di Kampung Spang Loi dan kampung-kampung sekitar ekoran limpahan air Sungai Muar.
Pada majlis itu, Perdana Menteri menyampaikan wang ihsan sebanyak RM1,500 iaitu RM1,000 daripada kerajaan Persekutuan dan RM500 daripada kerajaan negeri kepada 26 ketua isi rumah yang ditempatkan di PPS berkenaan. Utv
RM5 juta naik taraf ban di Segamat – Ismail
Baca Artikel Menarik :
- Kedai Percuma Pak Nil bantu mangsa banjir
- Kabinet 2022: Siapa Timbalan Perdana Menteri?
- Rider e-dagang mogok, dakwa kontrak baharu tidak adil
- Isteri kantoi curang 3 kali, suami lafaz talak depan anak
- Long Tiger Junior semakin ramai
- Ketegangan dalam Umno ekoran langkah kerajaan sekat pengeluaran KWSP
- Azlee Senario sebak, bagaikan tsunami saya melihatnya
- Mokhtar Senik dakwa ada arahan larang jemputnya
- Kes Mayat Reput: Tatu Bunga Mawar Warna Hitam Pada Punggung Mayat
- Al-kisah kambing dan PAS
- Emma Watson bersolidariti bersama Palestin
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.