Dakwaan 6 kolam takungan di KL ditukar status, SPRM mulakan siasatan

Dakwaan 6 kolam takungan di KL ditukar status, SPRM mulakan siasatan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memulakan siasatan berhubung dakwaan enam kolam takungan banjir di sekitar Kuala Lumpur, diluluskan ditukar status untuk projek pembangunan.

Jurucakap SPRM berkata, siasatan mencakupi pelbagai aspek berkaitan kelulusan, termasuk dakwaan pembangunan terhadap lokasi terbabit, seperti yang dibangkitkan oleh seorang Ahli Parlimen, baru-baru ini.



“SPRM sudah memulakan siasatan berhubung aduan banjir dibangkitkan. Siasatan dijalankan meliputi dakwaan kolam tadahan air ditukar status untuk tujuan pembangunan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Media sebelum ini melaporkan Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh, menggesa SPRM mengambil tindakan segera berhubung dakwaan, enam kolam takungan banjir di ibu kota ini, diluluskan ditukar status untuk pelaksanaan projek pembangunan, yang bertentangan dengan matlamat sebenar keperluan kolam terbabit.

Beliau dipetik sebagai berkata, Laporan Ketua Audit Negara 2019 mendedahkan sepanjang tempoh 2015 hingga 2020, Datuk Bandar meluluskan 943 kebenaran perancangan walaupun tidak selaras dengan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur (PBKL) 2020.

Sebelum ini, Datuk Bandar Kuala Lumpur Mahadi Che Ngah, dilaporkan berkata pihaknya akan meneliti dan menyiasat dakwaan dibangkitkan itu. FMT



Dakwaan 6 kolam takungan di KL ditukar status, SPRM mulakan siasatan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?



Rita Rudaini pertahan KJ mengenai dos keempat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker