Senarai pusat kuarantin percuma untuk jemaah umrah

Senarai pusat kuarantin percuma untuk jemaah umrah

Jemaah yang baru pulang menjalani ibadah umrah boleh memilih untuk menjalani kuaratin di stesen yang diuruskan kerajaan, di mana kosnya akan ditanggung kerajaan.

Perkara itu dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Abd Latiff Ahmad hari ini, susulan kebimbangan para jemaah perlu menanggung kos yang mahal bagi kuarantin di hotel.



Ia memandangkan mereka tidak dibenarkan menjalani kuarantin di rumah.

Abd Latiff berkata, jemaah mempunyai pilihan sama ada untuk berurusan dengan stesen kuarantin swasta atau stesen yang diuruskan kerajaan.

“Bagi penempatan kuarantin yang diurus kerajaan, individu dalam pemantauan (PUS) iaitu jemaah yang negatif ujian saringan Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan akan ditempatkan di hotel atau Pusat Latihan Awam bergantung kepada ketersediaan bilik pada hari ketibaan.

“Bagi pilihan ini, kos urusan kuarantin ditanggung oleh pihak kerajaan termasuk makan, minum serta pengangkutan dari lapangan terbang,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Pada minggu lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kerajaan memutuskan untuk meletakkan jemaah umrah yang pulang mulai 3 Jan dikuarantin di hotel terpilih, setelah kegagalan sesetengah individu untuk mematuhi perintah kuarantin dalam rumah hinga menjangkiti ahli keluarga.

Hari ini, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menggesa kerajaan supaya segera menangani isu kuarantin tersebut memandangkan keputusan itu menyebabkan jemaah akan menanggung kos yang tinggi.

Abd Latiff turut menyertakan senarai pusat kuarantin bagi para jemaah, seperti berikut:

Institut Latihan Awam (QS ILA)



Akept Nilai
IAB Nilai
Ilim Bangi
Isef Bangi
Ilkap Bangi
Pulapol KL
Hotel

Negeri Sembilan

Klana Resort, Seremban

Kuala Lumpur



Hotel Royal
Hotel Swiss Garden, Bukit Bintang
Hotel Ibis, KLCC
Hotel Furama, Bukit Bintang
Hotel Mercure Kuala Lumpur Shaw Parade
Ibis Style KL Fraser Business Park
Hotel AnCasa
Hotel Cosmo
Hotel KIP
Hotel Arena Star

Selangor

Hotel Sama-sama
Hotel Gorsett Grand, Subang
Hotel Crystall Crown, PJ
Hotel Sunway Clio
Hotel Hilton Garden Inn, Puchong
Hotel Oriental Crystal
Hotel Summit, USJ
Hotel Pegasus, Shah Alam

Senarai pusat kuarantin percuma untuk jemaah umrah




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?



Rita Rudaini pertahan KJ mengenai dos keempat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker