Apple muncul syarikat pertama bernilai AS$3 trilion

Apple muncul syarikat pertama bernilai AS$3 trilion

NEW YORK – Apple muncul sebagai firma Amerika Syarikat (AS) pertama mencecah nilai pasaran AS$3 trilion (RM12.5 trilion) semalam dalam demonstrasi terbaharu lonjakan industri teknologi tersebut semasa pandemik.

Pengeluar iPhone itu mencatat rekod tersebut untuk seketika sekitar pukul 2.45 pagi tadi (waktu Malaysia) apabila sahamnya diniagakan pada harga AS$182.88 sesaham (RM764.62) sebelum susut sedikit.

Gergasi teknologi itu juga merupakan syarikat AS pertama bernilai AS$2 trilion (RM8.36 trilion) pada Ogos 2020 apabila pandemik Covid-19 melonjakkan permintaan untuk barangan elektronik peribadi dan perkhidmatan digital seperti penstriman Apple dan kedai aplikasi telefon pintarnya.

Apple sebelum ini muncul sebagai firma AS pertama melepasi nilai AS$1 bilion (RM4.18 bilion) pada Ogos 2018.

Lonjakan nilai itu menandakan pencapaian terbaharu Tim Cook yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Apple pada 2011, tidak lama selepas pengasas bersama syarikat berpangkalan di Cupertino, California itu, Steve Jobs meninggal dunia

Walaupun saham utama di pasaran AS kini didominasi oleh syarikat-syarikat Lembah Silikon, hanya Microsoft muncul sebagai syarikat AS kedua yang bernilai lebih AS$2 trilion.

Pada Oktober 2021, Apple melaporkan pendapatan bersih berjumlah AS$20.5 bilion (RM85.7 bilion) daripada perolehan kasar sebanyak AS$83.4 billion (RM348.7 bilion) sekali gus rekod baharu untuk suku kewangan berakhir September 2021.

Bagaimanapun, seperti syarikat-syarikat gergasi teknologi lain, Apple berdepan tekanan sejak beberapa bulan lalu yang berpunca daripada masalah rangkaian bekalan termasuk kekurangan bekalan global semikonduktor dan gangguan pengilangan di Asia Tenggara akibat pandemik Covid-19.

Sebagai perbandingan, belanjawan beberapa negara di Asia Tenggara adalah berjumlah antara puluhan hingga beberapa ratus bilion dolar sahaja. AFP

Apple muncul syarikat pertama bernilai AS$3 trilion


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?

Rita Rudaini pertahan KJ mengenai dos keempat

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker