Sungai Langat kembali lepasi paras bahaya
Sungai Langat kembali lepasi paras bahaya
Aras air Sungai Langat di Bukit Changgang kembali melepasi paras bahaya (merah) apabila menunjukkan bacaan 4.29m setakat pagi tadi.
Berdasarkan maklumat di laman sesawang InfoBanjir, bacaan aras sungai melepasi paras normal pada 4.20m setakat 8 pagi ini, lapor Harian Metro.
Sementara itu, Sungai Langat di Dengkil, Sepang pula melepasi paras amaran (jingga), iaitu 7.07m berbanding bacaan normal 6.90m.
“Tiga lagi sungai melepasi paras berjaga-jaga (kuning), membabitkan Sungai Klang dalam daerah Klang pada bacaan 2.47m.
“Sungai Langat di JPS Sungai Manggis (2.22m) dan Pintu Air Kampung Teluk Pulai (1.33m) dalam daerah Kuala Langat,” menurut laporan itu.
Semalam, Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis mengesahkan enam keluarga membabitkan 15 individu berpindah selepas kawasan rumah mereka di Kampung Sungai Nangka, Banting, dinaiki air susulan hujan berterusan serta air pasang besar.
Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan pada 7.30 malam memaklumkan kawasan kampung berkenaan dinaiki air hingga paras 0.6m.
Katanya, setakat 10.30 malam, enam keluarga membabitkan 13 dewasa, termasuk tiga warga emas dan tiga lagi kanak-kanak berpindah ke Dewan Sri Langat, manakala mangsa lain memilih untuk menumpang di rumah saudara. FMT
Sungai Langat kembali lepasi paras bahaya
Baca Artikel Menarik :
- Lelaki anti Islam dikecam, buat origami pakai helaian al-Quran
- Gigit tukang cuci, Harimau Malaya ditembak mati
- Isu ‘rogol’, Fauzi Nawawi bawa diri ke Sabah, nama kena ‘reject’
- Noki tidak berbaju: Jual elemen sensasi demi trending?
- Tiada lagi pengeluaran KWSP – Tengku Zafrul
- Kisahnya…Baru Tahu Rupa-Rupanya Cecair Antiseptik Boleh Guna Untuk 4 Perkara Ini!
- Anak dedahkan ayah kena HIV kerana tiduri ramai lelaki (Video)
- Rombak kabinet, tukar menteri tidak efisien
- Firdaus Wong Mahu Sashi Kumar DiTahan?
- Saya rapat dengan Zul Ariffin – Ruhainies
- Resepi Ayam Goreng Serai Thai
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.