Penyanyi Wani Kayrie Akhirnya Merasa Kereta Baru Sendiri Setelah Tiga Tahun Guna Kereta Terpakai
Penyanyi Wani Kayrie Akhirnya Merasa Kereta Baru Sendiri Setelah Tiga Tahun Guna Kereta Terpakai
IMPIAN penyanyi Wani Kayrie untuk memandu kereta baharu berjenama mewah akhirnya tercapai dengan pembelian sebuah Mercedes-Benz CLA180 bernilai RM192,000.
Menurut Wani atau atau sebenarnya Syazwani Syafirah Abdullah, 22, kereta berkenaan adalah hadiah untuk diri sendiri setelah penat bekerja sejak menceburi bidang seni.
Cerita penyanyi lagu Aksara Cinta itu lagi, ini merupakan kereta baharu pertama yang pernah dimilikinya setelah tiga tahun memandu kereta terpakai
“Ini kira kereta baru yang pertama kerana sebelum ni pakai kereta secondhand selama tiga tahun untuk belajar.
“Alhamdulillah merasa juga untuk miliki sebuah kereta dengan hasil titik peluh sendiri,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu Wani memberitahu dia juga merujuk kepada rakan-rakannya sebelum membeli kereta mewah berkenaan.
“Saya ada ramai kenalan yang memang kaki kereta, jadi saya bertanya kepada mereka pros and cons kereta yang mahu dibeli ini.
“Selain itu saya nak belajar untuk tanggung kos sara hidup sendiri dan dalam masa yang sama, ia sebahagian daripada my wish list juga.
Alhamdulillah Allah pulangkan segala usaha saya dengan rezeki yang agak besar,” katanya.
Sementara itu pelakon drama Dayang Senandung ini juga berhasrat untuk membeli sebuah rumah bagi tujuan pelaburan dan membantu ahli keluarganya yang berada di Sabah.
“Next target saya mungkin nak beli rumah untuk buat investment, sebab keluarga saya masih sayangkan rumah yang kami diami sekarang ini.
“Saya juga mahu menolong ahli keluarga lain yang berada di Sabah. Ada dalam kalangan mereka yang hidup lebih susah daripada saya.
“Kalau ada rezeki lebih, mungkin saya akan bina sebuah rumah baru untuk nenek dengan keluarga yang lain,” ujarnya.-mSTAR
Penyanyi Wani Kayrie Akhirnya Merasa Kereta Baru Sendiri Setelah Tiga Tahun Guna Kereta Terpakai
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Lelaki anti Islam dikecam, buat origami pakai helaian al-Quran
- Gigit tukang cuci, Harimau Malaya ditembak mati
- Isu ‘rogol’, Fauzi Nawawi bawa diri ke Sabah, nama kena ‘reject’
- Noki tidak berbaju: Jual elemen sensasi demi trending?
- Tiada lagi pengeluaran KWSP – Tengku Zafrul
- Kisahnya…Baru Tahu Rupa-Rupanya Cecair Antiseptik Boleh Guna Untuk 4 Perkara Ini!
- Anak dedahkan ayah kena HIV kerana tiduri ramai lelaki (Video)
- Rombak kabinet, tukar menteri tidak efisien
- Firdaus Wong Mahu Sashi Kumar DiTahan?
- Saya rapat dengan Zul Ariffin – Ruhainies
- Resepi Ayam Goreng Serai Thai
Layari Laman Facebook MYKMU.NET