Banjir: Jeritan anak selamatkan anggota bomba sekeluarga
PUTRAJAYA: Jeritan anak kecil mengejutkan seorang anggota bomba daripada tidur apabila rumahnya mula dinaiki air selepas pulang daripada operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa banjir di sekitar Klang, Selangor pada 18 Dis lepas.
Penguasa Kanan Bomba Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Ahmad Zaidi Safuan, 50, seakan tidak percaya rumah yang didiami selama 16 tahun itu dinaiki air buat pertama kali kira-kira 1 pagi.
“Suasana ketika itu bagaikan mimpi apabila kawasan rumah saya di Taman Meru Setia sudah dinaiki air sehingga paras pinggang susulan hujan berterusan ketika itu,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Menceritakan kembali detik cemas itu, Zaidi pulang ke rumahnya untuk berehat selepas memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, Klang.
“Semasa saya baring di katil kurang dari satu jam, saya dikejutkan dengan jeritan anak lelaki saya berusia 11 tahun di tingkat bawah memaklumkan air sudah masuk ke dalam rumah,” katanya.
Beliau terus mengambil dokumen penting, sijil dan geran kenderaan lalu menyimpannya di atas loteng dan terus membawa keluarga ke Balai Bomba Kapar kerana bimbang jika paras air terus meningkat.
Menurutnya, kawasan di sekitar balai itu tinggi kerana telah ditambak setinggi lima kaki, namun air banjir juga memasuki kawasan balai yang sunyi sepi kerana semua anggota terlibat dalam operasi SAR.
Mengulas operasi SAR mangsa banjir, Zaidi berkata, beliau menerima panggilan telefon rumah sewa anaknya di Taman Meru 3, Klang turut dinaiki air sehingga paras pinggang pada malam 18 Dis lalu semasa menjalankan operasi SAR menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
“Selepas saya pindahkan mangsa ke PPS di SMK Meru, saya pergi menyelamatkan anak lelaki berusia 26 tahun dan cucu saya berusia setahun dan bawa mereka ke tempat selamat,” katanya.
Zaidi yang telah berkhidmat selama 31 tahun dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat mengalami kerugian akibat kerosakan aset rumah yang dianggarkan bernilai RM8,000, namun beliau bersyukur kerana keluarganya selamat.
Sementara itu, Penguasa Kanan Bomba Bahagian Penyiasatan Kebakaran, Razali Mohd Nasir, 48, berkata rumahnya di Taman Desa Permai di Meru, Klang turut terjejas dinaiki air.
“Sewaktu kejadian, saya berada di rumah dan kira-kira 2 petang, rumah saya dinaiki air dan kami sekeluarga kemas barang-barang penting dan bawa ke tingkat atas.
“Perabot di rumah saya banyak yang tidak boleh diselamatkan, antaranya kabinet dapur, televisyen, katil dan lain-lain turut terjejas,” katanya.
Razali bersyukur keluarganya selamat dan menzahirkan penghargaan kepada komuniti setempat yang tidak henti memberi bantuan kepada mangsa banjir.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah JBPM, Mohammad Hamdan Wahid berkata, 353 pegawai dan anggotanya terjejas dalam bencana banjir setakat 30 Dis lepas.
“Ada yang tidak sedar keluarga mereka terjejas (banjir) dan ramai juga yang tahu, tetapi mengambil keputusan untuk membantu mangsa banjir. Mereka (pegawai dan anggota JBPM) hanya mengharapkan bantuan daripada jiran dan juga pasukan penyelamat lain untuk menyelamatkan keluarga mereka.”
Baca Artikel Menarik:
- Lelaki anti Islam dikecam, buat origami pakai helaian al-Quran
- Gigit tukang cuci, Harimau Malaya ditembak mati
- Isu ‘rogol’, Fauzi Nawawi bawa diri ke Sabah, nama kena ‘reject’
- Noki tidak berbaju: Jual elemen sensasi demi trending?
- Tiada lagi pengeluaran KWSP – Tengku Zafrul
- Kisahnya…Baru Tahu Rupa-Rupanya Cecair Antiseptik Boleh Guna Untuk 4 Perkara Ini!
- Anak dedahkan ayah kena HIV kerana tiduri ramai lelaki (Video)
- Rombak kabinet, tukar menteri tidak efisien
- Firdaus Wong Mahu Sashi Kumar DiTahan?
- Saya rapat dengan Zul Ariffin – Ruhainies
- Resepi Ayam Goreng Serai Thai
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya