Yala dikejutkan dengan 3 letupan bom

Yala dikejutkan dengan 3 letupan bom

YALA: Sambutan Ambang Tahun Baru di Yala dikejutkan dengan letupan bom namun tiada kehilangan jiwa dilaporkan.

Dalam insiden sekitar 8.45 hingga 9.15 malam (waktu tempatan) pada Jumaat, sembilan butir bom dipasang pada tiang elektrik dan telefon diletupkan.

Ketua Polis Wilayah Yala Tinnakorn Rangmat berkata letupan itu berlaku di tiga daerah -Muang, Benang Setar dan Krong Pinang apabila penduduk tempatan mahu keluar rumah menyambut ambang Tahun Baru.

“Letupan itu telan menyebabkan kerosakan lapan tiang elektrik serta satu tiang telefon dan gangguan bekalan elektrik,” katanya kepada pemberita ketika membuat tinjauan di tempat kejadian.

Beliau menambah bom buatan sendiri telah dipasang pada tiang elektrik di Jambatan Thasab yang terletak berdekatan dengan Penjara Pusat Yala di Daerah Sateng.

“Kumpulan tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan khianat itu telah menyebabkan keadaan kucar kacir pada ambang Tahun Baru,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa balas dendam merupakan punca kejadian letupan yang mensasarkan pada tiang elektrik itu.

Insiden letupan bom dan berbalas tembakan sering berlaku di selatan Thailand dengan kejadian terbaharu pada 24 Dis, di mana dua lelaki dipercayai anggota militan ditemui maut dalam satu insiden berbalas tembakan di Pattani, selatan Thailand. FMT

Yala dikejutkan dengan 3 letupan bom


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker