Jangan langgar Hadi, amaran dari Mokhtar Senik

Sebaran :

Jangan langgar Hadi, amaran dari Mokhtar Senik

Anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS, Mokhtar Senik memberi amaran keras kepada pihak dalam parti itu yang didakwa berhasrat menentang Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

“Kamu nak cantas saya, saya tak pernah risau dan resah, kerana saya bukan orang penting dalam parti. Lagi pun saya tiada apa-apa kepentingan peribadi. Sebab itu saya tak pernah “play safe” seperti kamu.

“Tapi kalau kamu berhasrat nak langgar presiden maka saya akan “kisah”.



“Yang tak kena saya tegur je walau merugikan perjalanan politik saya. Apa saya kisah. Saya bukan makan gaji dengan parti jauh sekali dengan kamu,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kepada siapa kenyataan itu ditujukan.

Kata Mokhtar, dia percaya masih ada rakan-rakannya dalam PAS tetap teguh mempertahankan Abdul Hadi selaku presiden.

Justeru dia memberi amaran kepada pihak-pihak berkenaan supaya mengekalkan kesetiaan kepada pimpinan PAS.



“Beliau guru dan murabi kami. Jangan galak sangat sebab kami sedang memerhati. Pegang teguh pendirian parti dan wala kepada pimpinan.

“Walaupun tiada statement (kenyataan) jelas bahawa kamu suruh kambing makan pokok-pokok sayur, tapi perbuatan kamu melepaskan kambing dan meruntuhkan pagar bermakna kamu sedang membinasakan kebun sayur-sayuran,” katanya.

‘Saya naik bukan kerana pengaruh ayah’

Sebagai rekod Dewan Ulama PAS Pusat baru sahaja selesai mengadakan pemilihan pada minggu lalu, dan Mokhtar antara pimpinan yang dipilih membarisi jawatankuasa sayap PAS itu.



Sementara itu Mokhtar menegaskan dia memperoleh kedudukan dalam parti ‘bukan kerana pengaruh bapanya’ tetapi kerana pilihan ahli-ahli di bawah.

“Saya naik pun bukan kerana pengaruh ayah saya. Bukan kerana ditaja oleh team saya.

“Saya naik kerana ahli kat bawah lonjak saya. Sebahagian mereka itu rakan-rakan, teman-teman dan anak-anak murid saya yang mengenali saya,” ujar Mokhtar. Mk

Jangan langgar Hadi, amaran dari Mokhtar Senik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.