PDRM tingkatkan pemantauan SOP sempena tahun baharu

PDRM tingkatkan pemantauan SOP sempena tahun baharu

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan rondaan dan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di ambang tahun baharu 2022.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, semua Pesuruhjaya Polis Negeri, Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah telah diarahkan untuk meningkatkan rondaan di lokasi-lokasi tumpuan orang ramai berkumpul.

“Tujuan rondaan pemantauan adalah untuk memastikan SOP PPN mengikut fasa dipatuhi disamping mengelak orang ramai berkumpul bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

“Tindakan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) boleh dikenakan ke atas mana-mana pihak yang melanggar SOP PPN tersebut,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, PDRM menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengamalkan pematuhan SOP.

“Kerjasama semua pihak dalam aspek ini adalah penting memandangkan pandemik Covid-19 masih merupakan ancaman kesihatan serius yang perlu dibendung,” jelasnya. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

PDRM tingkatkan pemantauan SOP sempena tahun baharu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker