Perutusan Khas PM Sempena Tahun Baharu 2022 Jam 9 Malam Ini

Perutusan Khas PM Sempena Tahun Baharu 2022 Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan perutusan khas sempena Tahun Baharu 2022 pada 9 malam ini.

Menerusi poster yang dimuat naik di laman Facebook rasminya hari ini, perutusan khas itu akan disiarkan melalui saluran stesen televisyen tempatan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, Astro Awani, TV3 dan TV Al Hijrah.

Selain itu, perutusan khas berkenaan juga boleh diikuti menerusi Facebook Live perdana menteri.

Ismail Sabri semalam dilaporkan berkata sambutan Tahun Baharu 2022 dibatalkan dan akan digantikan dengan solat hajat serta doa selamat sebagai tanda menghormati dan bersimpati dengan mangsa banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia.

Perdana Menteri berkata beliau telah meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia supaya menganjurkan solat hajat dan Malaysia Berzikir Ambang 2022, di Masjid Putra, Putrajaya. – BERNAMA

Perutusan Khas PM Sempena Tahun Baharu 2022 Jam 9 Malam Ini

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis rayu dana untuk selamatkan Ariq Rizqy

Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker