Ismail beramah mesra dengan Sukarelawan Perkhidmatan Awam

Ismail beramah mesra dengan Sukarelawan Perkhidmatan Awam

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, beramah mesra dengan Sukarelawan Perkhidmatan Awam yang akan menyertai misi pasca banjir ke kawasan terjejas di Dataran Putrajaya.

Beliau turut menyerahkan kit terdiri daripada baju dan topi kepada lapan sukarelawan yang mewakili seramai 5,000 Sukarelawan Keluarga Malaysia terbabit.

Sebanyak 30 bas akan membawa sukarelawan perkhidmatan awam dari pelbagai kementerian, jabatan dan agensi ke kawasan terjejas banjir yang ditetapkan.

Turut bersama misi itu adalah tiga bas yang membawa sukarelawan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM), jabatan dan agensi ke dua lokasi iaitu di Kuala Selangor dan Bentong, Pahang.

Turut hadir adalah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abdul Rahman serta ketua-ketua setiausaha dan ketua-ketua jabatan dan agensi.

Mulai kelmarin, seramai 5,000 anggota keluarga perkhidmatan awam digerakkan bagi membantu misi pasca banjir secara berperingkat dan mengikut penggiliran masing-masing.

Mobilisasi anggota perkhidmatan awam itu adalah inisiatif serta tanggungjawab sosial penjawat awam bersama rakyat selari dengan semangat #KeluargaMalaysia untuk membantu rakyat yang terkesan akibat bencana banjir yang dihadapi baru-baru ini. BH

Ismail beramah mesra dengan Sukarelawan Perkhidmatan Awam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker