Baby Shima Terima Mesej Lucah & Dedah Identiti Lelaki ‘Sangap’

Sebaran :

Baby Shima Terima Mesej Lucah & Dedah Identiti Lelaki ‘Sangap’

Penyanyi Baby Shima, muat naik tangkap layar mesej gangguan seksual yang di hantar oleh seorang individu yang tidak bertanggungjawab di Instagram nya.

Lelaki ‘Sangap’ Ajak Main
Individu berkenaan dengan nama akaun @hrhcrownprinceofalnaz itu menghantar mesej peribadi di Instagram Baby Shima dengan menyatakan hasratnya mahu meniduri penyanyi tersebut.

Berikutan itu, Baby Shima berharap orang ramai dapat membantunya menangani lelaki berkenaan, sambil menyelit sekali foto dan tangkap layar akaun Instagram milik individu tersebut.



“Spiderman ada.. Superman ada.. Yang ni superhero terbaru, sangapman. Cuba tolong settlekan sangap @hrhcrownprinceofalnaz ..Kesian teruk sangap dia ni” tulis Baby Shima

Selain menghantar mesej sedemikian, melihat nama akaun pemilik Instagram yang seakan nama akaun kerabat diraja Johor ini boleh membuatkan orang ramai salah sangka dan keliru. Bukan itu saja, maklumat di biodata milik individu tersebut juga agak kontroversial.

Netizen Risau Dengan Nama Instagram Individu

Melihat perkongsian penyanyi tersebut, ada yang memberi komen dengan mengkritik perbuatan lelaki berkenaan dan ada juga yang memberi komen mengenai nama akaun media sosial individu tersebut.



“Laa ghisoo siaa nama IG dia”

“Len macam dia punya nama”

“Aiyoo teruknya perangai”

“Kau dah wajib kahwin dah ni hanat @hrhcrownprinceofalnaz”



“Tak yah layan lah Shima, abai kan je”

“Sangapman.. Macam-macam perangai manusia sekarang ni” komen mereka

Salahkan Penampilan Baby Shima
Ada juga warganet memberi komen dengan menyalahkan gaya pemakaian Baby Shima, yang mengundang individu seperti itu menghantar mesej sedemikian kepadanya.

“Kau tau sebab apa laki sangap dekat kau?? Sebab kau punya penampilan. Jadi jangan kau tanya kenapa ya. Jaga lah maruah tu. Nanti tak ada orang nak chat macam tu. Aku nasihat ja..”

“Baju yang di pakai harus cukup kain.. InsyaAllah”

“Laki ni tak salah siapa suruh seksi sangat”

“Jangan salah kan dia.. Cuba lah tengok cara pemakaian macam mana pula”

“Tak pelik pun kau kena kacau Shima… Tengok lah pemakaian kau macam mana..”

“Terlebih sangap ni kak report jer” komen mereka lagi. Mr

Baby Shima Terima Mesej Lucah & Dedah Identiti Lelaki ‘Sangap’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis rayu dana untuk selamatkan Ariq Rizqy

Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *