Agong titah penduduk 5 negeri siap sedia kemungkinan banjir
Agong titah penduduk 5 negeri siap sedia kemungkinan banjir
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati rakyat khususnya di negeri pantai timur, Johor dan Sabah supaya bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan berlaku episod banjir besar akibat hujan lebat berterusan.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda bertitah demikian susulan amaran Tahap Waspada (Kuning) iaitu hujan berterusan akan dialami beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah sepanjang minggu ini hingga 2 Januari 2022 yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
“Seri Paduka Baginda turut menasihati rakyat khususnya di kawasan berisiko dilanda banjir juga peka terhadap ramalan dan amaran yang telah dikeluarkan serta sentiasa berwaspada sekiranya paras air naik secara mendadak akibat hujan lebat yang berterusan.
“Ini termasuklah mematuhi semua arahan dan panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan sekiranya dikehendaki berpindah dari kediaman masing-masing demi keselamatan diri dan ahli keluarga tersayang
“Menzahirkan keprihatinan tinggi terhadap kemaslahatan rakyat, Seri Paduka Baginda menyeru semua pihak mengambil iktibar daripada pengalaman bencana banjir sebelum ini untuk membaiki sebarang kelemahan dan kekurangan dalam menghadapi sebarang kemungkinan khususnya segala urusan pasca banjir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Ahmad Fadil berkata, Yang di-Pertuan Agong menasihatkan agensi-agensi kerajaan berkaitan dan pihak berkuasa tempatan supaya tidak leka serta proaktif dalam memastikan kesiapsiagaan, koordinasi dan penyelarasan pengurusan bagi menghadapi gelombang kedua banjir di tahap terbaik.
Menurut beliau, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan dan keyakinan bahawa menerusi persediaan awal dengan disusuli tindakan yang terancang, operasi-operasi menyelamat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir yang terperangkap khususnya mereka yang berada di kawasan berkepadatan tinggi dan pedalaman dapat dilaksanakan dengan pantas dan berkesan.
“Seri Paduka Baginda turut mengajak semua rakyat untuk bersama-sama mendoakan agar gelombang kedua banjir yang akan berlaku tidak berpanjangan dan negara serta rakyat dilindungi daripada sebarang bentuk musibah dan bencana,” katanya. K Online
Agong titah penduduk 5 negeri siap sedia kemungkinan banjir
Baca Artikel Menarik :
- Berlakon Bantu Mangsa Banjir, Sila Kembali Ke Hollywood – TMJ
- 2 ADUN Warisan keluar parti ikut langkah 3 ADUN sebelum ini
- Aksi rehat separuh masa pertama rentap nyawa pemain
- Majlis kahwin artis disiasat langgar SOP
- Taikun Cina rakan kongsi Mahathir – Najib
- Paru-paru Ebby Yus mungkin perlu ditebuk
- Kucing setia menunggu di pusara tuannya
- Tiada tindakan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM?
- Badrul Muhayat nafi melarikan anaknya
- KL Sentral Pasti Sunyi Tanpa Busking Dari Abang Meor, Pemergiannya Buat Ramai Sedih [VIDEO]
- Saya bukan sengaja memakai kostum Captain America bantu mangsa banjir
Layari Laman Facebook MYKMU</a