Tidak tahan sejuk, lelaki pakai telekung tonton wayang

Tangkap layar video yang menunjukkan seorang lelaki memakai kain telekung di dalam panggung wayang. – TikTok

JAKARTA – Satu video  menunjukkan seorang lelaki keluar menonton wayang sambil memakai kain telekung tersebar di media sosial Indonesia, lapor laman berita Suara.com semalam.

Rakaman video itu  dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama @wonderchilddd dan setakat semalam, ia telah mencatat lebih 200,000 tontonan kali dengan 5,500 tanda suka.

Klip video itu memaparkan seorang lelaki sedang menonton wayang bersama rakan-rakannya. Dia  memakai sehelai baju-T berwarna hitam dipadankan dengan kain telekung bercorak bunga.

Dia juga langsung tidak segan memakai pakaian tersebut.



Selepas disiasat, lelaki itu sebenarnya memakai seluar pendek di bahagian dalam dan menyarung kain telekung itu kerana bimbang berasa sejuk di dalam panggung wayang.

Netizen yang menonton video itu kemudiannya berkongsi pendapat di ruangan komen.

“Betul juga, malah kain telekung juga mempunyai pelbagai motif yang cantik,” komen seorang netizen.

“Jaga-jaga, jangan sampai ibu anda mengamuk,” komen seorang netizen lain. – AGENSI



Tidak tahan sejuk, lelaki pakai telekung tonton wayang

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker