Pontianak muncul di tanah perkuburan

Sebaran :

Satu kelibat makhluk bersaiz tinggi dengan berpakaian serba putih dan berambut panjang dilihat sedang berdiri di kawasan perkuburan tersebut dalam keadaan membelakangi lelaki berkenaan. – Instagram/opung_95

JAKARTA – Satu rakaman  video  memaparkan kelibat makhluk dipercayai pontianak di sebuah kawasan perkuburan menjadi tular di media sosial Indonesia dengan ramai pengguna menyifatkan video tersebut tulen dan menyeramkan, lapor program berita Liputan 6 semalam.

Berdasarkan video yang tular di TikTok itu, seorang lelaki pada awalnya, sedang melalui sebuah kawasan perkuburan dengan menunggang motosikal sambil merakam ke arah kubur tersebut.

Secara tiba-tiba, kelibat makhluk bersaiz tinggi berpakaian serba putih dan berambut panjang dilihat berdiri di tanah  perkuburan tersebut dalam keadaan membelakangi lelaki berkenaan.

Lelaki itu kemudian beristighfar berulang kali kerana terkejut melihat kelibat makhluk dipercayai pontianak tersebut.



Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.

“Mujur masih ada lampu. Jika tidak, pasti sudah lupa jalan pulang,” kata seorang pengguna media sosial.

“Ini adalah video paling tulen yang saya pernah lihat,” kata seorang lagi netizen. – AGENSI

Pontianak muncul di tanah perkuburan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.