Kerajaan tubuh jawatankuasa khas pasca banjir, persiapan hadapi gelombang kedua

Kerajaan bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas bagi pasca banjir dan sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua banjir, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

“Kerja pasca banjir ini memerlukan penyelarasan yang sewajarnya kerana saya tidak mahu lewat dalam proses pelaksanaan termasuk dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir.



“Kita juga perlu bersiap sedia dengan gelombang kedua banjir, jika ia berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat kawasan yang dilanda banjir di Hulu Langat, termasuk di Taman Sri Nanding dan Kampung Dusun Tua, tempat kerja pembersihan dilakukan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, jawatankuasa itu yang terdiri daripada agensi berkaitan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengadakan mesyuarat pertamanya seawal esok.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Aminuddin Hassim adalah antara anggota jawatankuasa khas untuk pasca banjir.



Sementara itu, Mohd Zuki Ali dalam catatan di laman Facebooknya berkata, jawatankuasa itu turut dianggotai Panglima Angkatan Pertahanan, Jen Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani serta ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah agensi kerajaan.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker