Ibu guna susu badan hasilkan barangan cenderamata

Patung kecil tersebut dihasilkan sebagai satu cara untuk mengekalkan detik-detik pertama keibuan wanita dalam bentuk yang boleh disimpan. – Caters

 

NEW DELHI – Seorang wanita di India menghasilkan patung kecil atau figurine dengan menggunakan susu badan, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Tharika, 27, dari Chennai merupakan salah seorang pereka pertama di India yang menghasilkan patung kecil untuk disimpan oleh wanita sebagai cara untuk mengabadikan detik pertama mereka bergelar ibu.

Dia menggunakan 15 mililiter susu badan dan mengubahnya menjadi bahan seperti  ‘plastik’, manakala bahan pengawet ditambah sebelum cecair itu  dimasukkan ke dalam acuan selama dua bulan.

Selain susu badan, wanita itu juga menambah cebisan kuku dan rambut bayi untuk menghasilkan patung tersebut.

“Saya mengumpulkan  susu badan daripada ibu-ibu, mengawetkannya dan menghasilkan barangan perhiasan daripadanya.

“Saya menambah bahan pengawet organik bagi menghalang susu daripada rosak sebelum mengeringkannya untuk menjadikannya bentuk pepejal. Kami akan memastikan barangan ini  mampu bertahan seumur hidup,” katanya.

Tharika tertarik dengan idea itu apabila melahirkan anak lelakinya. Dia membuat penyelidikan menyeluruh di internet dan mencuba proses itu menggunakan susu badannya.

Selepas melakukan uji kaji selama lapan bulan, Tharika akhirnya berjaya membuat patung bayi daripada susu badannya.

“Sebagai ibu baharu, saya mempunyai impian untuk menyimpan susu badan saya sendiri. Saya terkejut apabila mengetahui tentang perhiasan susu ibu dan mahu tahu lebih lanjut mengenainya,” katanya.

Dia telah menjual sebanyak 1500 produk kepada lebih 250 pelanggan di seluruh negara, pada  harga bermula dari  £8 (RM44.90) – AGENSI

Ibu guna susu badan hasilkan barangan cenderamata


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker