Ular masuk rumah, redah hujan dengan bayi selepas air naik paras lutut
Ular masuk rumah, redah hujan dengan bayi selepas air naik paras lutut
Berhadapan banjir bukan perkara baharu buat Suriani Zakaria, namun situasi pada malam 19 Dis lepas sedikit berbeza apabila terpaksa meredah hujan lebat bersama bayi lelakinya berusia tiga bulan dengan bot apabila air sudah melebihi paras lutut.
Lebih membimbangkan ibu kepada tiga anak berusia 33 tahun itu apabila ular sudah mula membuat ‘kunjungan’ menerusi bahagian belakang rumah mereka di Kampung Surau Putih, Bukit Setongkol, di sini, membuatkan beliau sekeluarga nekad meninggalkan kediaman itu.
Beliau yang berpengalaman berdepan banjir tiga kali tahun ini berkata, sejurus mengesan paras air naik luar biasa, mereka sekeluarga membuat persiapan untuk berpindah dengan meminjam bot abang iparnya.
“Ketika ular masuk saya dan anak-anak berada di ruang tamu, dan tengah kalut masa itu sebelum suami dan kawannya nampak binatang berbisa itu di bahagian dapur. Mereka sempat membunuh dengan mengetuk ular itu dengan pelbagai objek.
“Insiden ular masuk ketika banjir ini bukan pertama kali, sekitar lima tahun sudah pernah jadi apabila ular sawa kelihatan ‘bertenggek’ di tangga rumah,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Bercerita lanjut, anak jati Pahang itu berkata sejurus mengambil barangan penting beliau bersama suami, bayi dan dua anak perempuan mereka bergegas menaiki bot ke kawasan selamat yang terletak lebih 100m dari rumah sebelum dibawa dengan kereta ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Setongkol.
“Semasa kejadian sekitar 10 malam memang hujan lebat dan gelap, tapi kami tidak ada pilihan selain keluar rumah untuk selamatkan diri bimbang paras air naik lebih tinggi dan membahayakan nyawa terutamanya anak-anak yang masih kecil.
“Setiap tahun memang kami berdepan dengan banjir tetapi tahun ini sahaja tiga kali iaitu pada Januari, Mac dan yang terbaharu minggu lepas…hampir kesemua perabot memang tidak boleh digunakan lagi,” katanya.
Sementara itu, jiran Suriani, Anita Mansor, 49, berkata keselamatan anaknya Mohd Khairuddin Zolkifle, 29, yang juga orang kurang upaya (OKU) diutamakan ketika kejadian banjir mula melanda Pahang pada minggu lepas.
Beliau yang bekerja sebagai anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) berkata anaknya yang mempunyai masalah berjalan selepas sembuh daripada lumpuh akibat kemalangan jalan raya pada 2012 telah dipindahkan ke rumah kenalannya di Setali, di sini, sejurus beberapa kawasan di bandar ini telah dinaiki air.
“Setiap kali banjir memang dia keutamaan, bila dia dah ada tempat selamat baru saya fikir bagaimana nak selamatkan barang-barang lain…kali ini saya sempat pulang semula ke rumah untuk ambil pakaian sahaja barang lain memang rosak ditenggelami air apabila air hampir cecah paras bumbung,” kata ibu kepada empat anak itu. FMT
Ular masuk rumah, redah hujan dengan bayi selepas air naik paras lutut
Baca Artikel Menarik :
- Elak Tanggung Rugi Ratusan Ribu Dan Kereta Baru, Lelaki Ini Sanggup Ke China Beli Plastik Pelindung
- Amelia tak suka kongsi
- Sesi Persekolahan Penggal 3 Ditangguh Seminggu – Menteri KPM
- Enam tahun sekatil baru sedar isteri bekas ibu tiri
- Kejutan buat kekasih bertukar drama air mata
- Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu
- Senariounion tanpa Lan Pet Pet, ini sebabnya
- Pertahan tentera: Shahrol bidas Harith Iskander
- Amaran Prof. Shahrul Shauqi palsu – Meteorologi
- Lelaki psikik dakwa ramal kejadian besar 2022
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’