‘Bujang Jakar’ masuk pekan, ‘singgah’ kedai

Sebaran :

‘Bujang Jakar’ masuk pekan, ‘singgah’ kedai

Penduduk di pekan Jakar, Sarikei, Sarawak gempar dengan kehadiran seekor buaya gergasi yang digelar “Bujang Jakar” di sekitar kawasan kedai, pagi tadi.

Kelibat reptilia sepanjang lima meter itu pada biasanya dilihat berada dalam sungai namun kali ini, naik ke darat menyebabkan orang ramai ketakutan lalu menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Pegawai APM Daerah Sarikei, Mirwan Shah Masri berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan seekor buaya tersesat ke kawasan pekan itu, jam 9.51 pagi.



Katanya, sepasukan anggota APM dengan bantuan bomba kemudian bergegas ke lokasi dan mendapat reptilia itu berada berhampiran kedai.

“Pasukan bertindak menghalau reptilia terbabit masuk semula ke sungai berhampiran menggunakan kayu dan semburan air.

“Tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Mirwan sekali gus menasihati orang awam agar sentiasa berwaspada, terutama pada musim tengkujuh kini apabila limpahan air sungai memudahkan buaya naik ke kawasan darat.



Penduduk setempat memberikan gelaran “Bujang Jakar” kepada reptilia gergasi itu yang kerap dilihat dalam sungai berhampiran pekan berkenaan. FMT

‘Bujang Jakar’ masuk pekan, ‘singgah’ kedai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *