Beratur panjang di Pulau Pinang

Beratur panjang di Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Beberapa kedai makanan popular di bandar raya ini diserbu pelancong yang mengambil kesempatan cuti Hari Krismas dan hujung minggu hari ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati kedai-kedai nasi kandar, cendol dan air sarbat di Jalan Penang dan Jalan Gurdwara di sini menjadi tumpuan pelancong sejak pagi.

Ada di antara mereka sanggup beratur sepanjang kira-kira 30 meter semata-mata untuk menikmati sepinggan nasi kandar popular.

Manakala terdapat segelintir pengunjung dilihat tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka dengan betul.

Seorang pelancong yang mahu dikenali sebagai Ghazali, 46, berkata, dia sanggup beratur panjang bersama isteri dan dua anak semata-mata merasai pengalaman menikmati nasi kandar di Pulau Mutiara.

“Walaupun agak penat dan perlu sabar menunggu tetapi berbaloi dapat makan nasi kandar yang disebut-sebut, apatah lagi kami sudah lama merancang percutian.

“Tiada masalah buat kami (beratur) kerana datang ke Pulau Pinang sebagai pelancong dan tidak mengejar masa, bahkan satu pengalaman baharu,” kata pekerja swasta dari Wangsa Maju, Kuala Lumpur itu.

Sementara itu, keadaan trafik di sekitar lokasi tumpuan pelancong di Jalan Penang sedikit sesak berikutan segelintir pengguna jalan raya tidak bertanggungjawab yang berhenti di bahu jalan berdekatan Pasar Chowrasta. K Online

Beratur panjang di Pulau Pinang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker