Pembalasan Tuhan, Ebby Yus maafkan segelintir netizen
Pembalasan Tuhan, Ebby Yus maafkan segelintir netizen
Pelawak Ebby Yus tidak berkecil hati apabila segelintir netizen menyifatkan musibah menimpa penggiat seni dalam bencana banjir sebagai pembalasan Tuhan.
Bersikap terbuka menelan apa sahaja kecaman dilemparkan, Ebby atau nama sebenar, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, memaafkan mereka yang melemparkan tuduhan begitu.
“Jika itu yang mereka andaikan, saya terima sahaja kata-kata mereka tanpa simpan dalam hati.
“Sama ada mereka memang bermaksud begitu atau tidak, saya sudah memaafkan diri mereka,” katanya kepada BH Online selepas meninjau tinggalan rumah yang dihanyutkan arus di Kampung Paya Lebar di sini, hari ini.
Sabtu lalu, pelakon sitkom J.K.K ini ditimpa musibah apabila mahligai dibina hasil titik peluh lebih tiga dekad dalam dunia seni, musnah sekelip mata apabila dihanyutkan air deras.
Rumah yang tinggal 10 peratus untuk disiapkan di tanah setengah ekar di kawasan penempatan itu, dilaporkan dihanyutkan air deras, mengakibatkan Ebby kerugian hampir RM200,000.
Biarpun ramai bersimpati dengan nasib pelakon filem This Is Pilah The Movie ini, namun, tidak kurang juga yang mempertikaikan tindakan Ebby membina rumah di kawasan berbahaya.
Mengulas perkara itu, Ebby menafikan lokasi kediamannya itu sebagai berisiko.
“Saya pilih kawasan ini untuk membina rumah bukan sahaja kerana suasana yang cukup tenang, malah cantik.
“Walaupun ada sungai tapi tidaklah besar. Lagipun, saya sudah bertanya kepada tuan punya tanah mengena latar belakang kawasan ini dan dia maklumkan lokasi ini selamat.
“Saya anggap apa yang berlaku ini adalah takdir. Tidak perlu hendak tuding jari pada sesiapa. Kalau sudah hendak terkena, rumah atas bukit pun boleh dilanda banjir,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ebby mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) atas keprihatinan mereka membantu.
“Saya juga banyak menerima kiriman mesej peribadi daripada rakan artis dan pelbagai pihak yang melahirkan hasrat untuk membantu saya.
“Jika bantuan itu dari FINAS dan SENIMAN, saya akan terima kerana ada kaitan dengan kerjaya seni saya.
“Tetapi jika membabitkan rakan artis atau perseorangan, saya agak keberatan kerana mereka juga ada tanggungan.
“Jangan susahkan diri kerana saya. Selagi saya cukup makan, maknanya saya masih okay,” katanya. BH
Pembalasan Tuhan, Ebby Yus maafkan segelintir netizen
Baca Artikel Menarik :
- Mereka bersenjata dan curi barang elektrik – bos Mydin
- Anak Malaysia cipta robot pembantu pembedahan
- Banjir: Nilai hartanah Lembah Klang mungkin menurun
- Tan sri tak bayar gaji selama 12 tahun – Amah
- Pasangan curang boleh disaman – peguam
- Stail rambut sikat tepi tak salah, yang salah…
- Reza Hasbi beri penjelasan mengenai love bite di lehernya (Video)
- Nama Hanafi Popular Kerana Kecurangannya Didedahkan [VIDEO]
- Shila Amzah dah fail cerai tapi suami….
- Suami ‘kantoi’ curang kerana kamera loceng pintu
- Walau kena libas, aksi menyelamat tetap diteruskan
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.